Lelaki Ini Menangis Sebab “Akhirnya Dapat Kahwin” Setelah 7 Kali Jadi Pengapit

Seorang pengantin lelaki di China menangis semasa berucap dalam majlis perkahwinannya.

“Saya tak tahan lagi, susah sangat saya nak kahwin.” kata pengantin lelaki tersebut dengan penuh emosi.

“Dah 7 kali saya jadi pengapit. Setiap kali kawan kahwin, saya akan mengusik mereka. Sekarang saya pula kahwin dan mereka balas balik. Tapi saya okay.” ujarnya dalam tangisan sambil disambut gelak tawa oleh para hadirin.

Menerusi siaran video South China Morning Post, lelaki ini berterima kasih kepada kawan-kawannya dengan mengatakan dia sangat gembira dan seronok.

Dia turut mengucapkan rasa syukur dan cinta yang mendalam terhadap isterinya.

Malah dia turut memuji skil kulinari mentuanya dan mengenang saat di mana dia harus kerja overtime, lalu emak mentua sanggup masak mi dan menghantar ke rumahnya pada pukul 11 malam.

“Aku dah kahwin!” jerit lelaki itu pakai mikrofon semasa para tetamu gelak-gelak.

Kemudian dia berpaling kepada isterinya dan bertanya “Sayang, awak ada apa-apa nak cakap? Asyik saya je yang cakap.”

“Saya cuma nak cakap yang kalau awak letih, penat atau marah-marah di luar sana, setiap kali awak pandang belakang, saya selalu menunggu awak di rumah.” jawab isterinya yang setia tolong lap air mata pengantin lelaki berkenaan sepanjang berucap.

Tonton video penuh di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca