Pemuda berusia 25 tahun ini bernama Pawan Kumar dan berasal dari Uttar Pradesh.

Foto: BBC

Pada mulanya, dia berasa sangat gembira kerana dapat mengundi buat kali pertama.

Namun kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila dia tersalah pilih calon dan parti semasa pilihan raya umum di India yang berlangsung dari 11 April hingga 19 Mei ini.

Semasa proses mengundi, Kumar berasa keliru dengan simbol-simbol parti dalam mesin mengundi elektronik lalu terundi parti Bharatiya Janata yang menggunakan lambang bunga teratai.

Dia sebenarnya mahu mengundi parti pembangkang iaitu Bahujan Samai yang ada simbol gajah.

Walaupun undian dibuat secara elektronik di setiap lokasi mengundi, semua jari telunjuk para pengundi tetap kena tanda dengan dakwat selepas proses tersebut bagi memastikan tiada siapa yang terlebih rajin untuk mengundi banyak kali.

Setiap kali melihat jarinya yang berdakwat, Kumar berasa sangat marah lalu memotong jarinya dengan pisau pemotong daging di rumah sebagai hukuman buat dirinya yang tidak sanggup untuk hidup dengan kesalahan itu.

Kumar terus dikejarkan ke hospital oleh keluarganya.

Berita mengenai Kumar ini menjadi sensasi di India dan seterusnya ke peringkat global.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda