Lelaki Ini Mahu Menyaman Ibu Bapanya Kerana Melahirkannya ‘Tanpa Izin’

“Saya ingin memberitahu semua anak-anak di India bahawa mereka tidak berhutang apa-apa dengan ibu bapa mereka.”

Seorang lelaki berumur 27 tahun dari New Delhi, India ingin mengheret ibu bapanya ke mahkamah kerana ‘membawa’ dirinya ke dunia ini tanpa terlebih dahulu meminta persetujuannya.

Raphael Samuel adalah seorang anti-natalist, orang yang percaya bahawa seorang itu harus menjauhi proses pembiakan kerana mereka percaya bahawa melahirkan makhluk tanpa terlebih dahulu meminta persetujuan adalah salah dari segi moral.

Samuel tiada masalah terhadap kanak-kanak atau kehidupan itu sendiri, namun dia hanya percaya bahawa semua bentuk kehidupan yang tidak memberikan keizinan untuk dilahirkan tidak boleh dibawa ke dunia yang seterusnya terkesan dengan kepayahan hidup. Oleh sebab dia menganggap dirinya sebagai mangsa ‘hidup paksa’, maka Samuel merancang untuk membawa ibu bapanya ke mahkamah.

“Saya sayang ibu bapa saya dan kami mempunyai hubungan yang baik, tetapi mereka memiliki saya untuk kegembiraan dan kesenangan peribadi mereka. Kehidupan saya berjalan baik, tetapi saya tidak nampak mengapa saya perlu menjalani hidup dengan terpaksa bersusah payah bersekolah dan mencari kerjaya, terutamanya apabila saya tidak minta pun untuk wujud di dunia ini.”

Lelaki berusia 27 tahun itu mengendalikan laman Facebook anti-natalisme di mana dia secara rutin mencatatkan mesej anti-prokreasi seperti,

“Tidakkah memaksa kanak-kanak lahir ke dunia ini dan memaksanya untuk mempunyai kerjaya adalah satu penculikan dan perhambaan?”

“Ibu bapa memiliki anda berbanding memilih untuk memiliki mainan atau anjing. Anda tidak berhutang apa-apa, anda hiburan kepada mereka.”

Laman Facebok Samuel, Nihilanand, hanya mempunyai 530 pengikut, namun itu tidak menghalangnya untuk berekspresi dengan pemikiran gila itu. Semua perkara, baik besar, kecil, pelik atau biasa bermula dari satu titik permulaan, dengan sesuatu. Begitu juga Samuel.

“Orang India yang lain mesti tahu bahawa ia adalah satu pilihan untuk tidak mempunyai anak, dan mereka perlu meminta ibu bapa mereka untuk memberi penjelasan tentang mengapa mereka dilahirkan.” kata Samuel.

Menariknya, pergerakan anti-natalist India sebahagian besarnya terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi, kelompok kelas tinggi atau pertengahan. Bukan sebarangan orang rupanya yang mempunyai ideologi sebegini. Hmm!

Makin pelik kan penghuni dunia sekarang? Soal kami, bagaimana ibu bapa kita nak minta izin terlebih dahulu sebelum melahirkan kita jika kita belum lahir? Sedangkan semasa baru dilahirkan pun cara komunikasi kita adalah hanya dengan menangis dan ia masih tidak dapat difahami oleh ibu bapa serta orang dewasa seluruhnya, inikan pula sebelum lahir yang kita belum lagi berada di alam nyata.

Diharapkan Samuel akan menggerakkan inisiatif untuk mereka cipta teknologi supaya bakal anak masa depan boleh menyuarakan bantahan jika mereka tidak mahu dilahirkan. Kami yakin, ia 100% mustahil!

Sumber: OddityCentral

Artikel Lain Untuk Di Baca