Lelaki Ini Langgar Lampu Merah Dengan Penuh ‘Sopan’ Depan Polis

Setiap kali ternampak kenderaan polis di atas jalan raya, kita pasti akan membawa kenderaan dengan baik di hadapan mereka supaya tidak dikenakan apa-apa denda.

Seorang penunggang motosikal ini bagaimanapun ‘berjaya’ melanggar lampu merah dengan tenang di hadapan anggota polis yang sedang berhenti menunggu lampu isyarat.

Sekiranya anda menonton video tersebut, lelaki itu dilihat memperlahankan dan memberhentikan motosikalnya sebelah polis terbabit. Selepas itu, dia turun dari motosikal dan menolaknya ke simpang kiri jalan di hadapan polis itu sendiri.

Sumber: The Vocket

Polis terbabit juga melihat dan membiarkan sahaja penunggang motosikal berkenaan berlalu pergi walaupun lampu isyarat di lorong jalan mereka masih berwarna merah pada waktu itu.

Insiden itu dipercayai berlaku di China. Menerusi tinjauan kami di laman Twitter, rata-rata warganet cukup terhibur melihat tindakan penunggang motosikal itu melanggar lampu merah dengan penuh sopan di hadapan polis.

Dalam pada itu, ada juga yang berkata lelaki itu berkemungkinan besar meniru taktik Mr. Bean yang pernah ditayangkan dalam satu sirinya dahulu.

Mr. Bean juga telah menolak keretanya selepas melihat seorang lelaki turun dan menolak basikal untuk membelok ke lorong kiri ketika lampu isyarat berwarna merah.

Taktik Mr. Bean itu nampaknya telah berjaya membuatkan polis menganggap motosikal lelaki itu ‘rosak’ jadi dia langsung tidak hirau untuk menahan individu berkenaan.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca