Lelaki Ini Kongsikan Kisah Peribadi Tony Fernandes Yang Merupakan CEO AirAsia Melalui Bukunya Flying High: My Story: From AirAsia to QPR

Peristiwa di mana Tony Fernandes terpaksa bergegas ke Careffour untuk membeli sandwich dan minuman pada malam sebelum penerbangan sulung AirAsia telah mengajar beliau satu perkara, iaitu cara terbaik untuk beliau mengemudi AirAsia maju ke hadapan adalah dengan belajar segala-galanya dari bawah.

Beliau buat jadual rutin harian untuk pelajari setiap aspek pengurusan perkhidmatan penerbangan. Tony belajar terbangkan pesawat dengan simulator, bagaimana tukar tayar pesawat, belajar mengenai enjin pesawat, jadi staf di kaunter daftar masuk, jadi krew kabin, masukkan beg ke dalam ruangan kargo dan sebagainya.

Pelbagai jenis pekerjaan yang beliau lakukan dan pekerjaan yang paling mencabar bagi beliau adalah menjadi staf di kaunter daftar masuk kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah penumpang yang ingin menaiki kapal terbang tersebut.

Pengalaman dari rutin turun padang ini bukan sahaja mengajar Tony pelbagai perkara, malah beliau turut membantu untuk mewujudkan perbezaan dalam suasana bekerja di AirAsia.

Bagi Tony, kita tidak akan menjadi CEO yang berkesan jika kita tidak sanggup untuk ‘kotorkan tangan’sendiri.

Beliau juga berpendapat, kebanyakan CEO tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di bawah (pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja) kerana mereka hanya buat keputusan berdasarkan laporan yang diberi oleh pegawainya. Oleh kerana itu, keputusan yang dibuat adakalanya salah atau kurang tepat.

Pada satu ketika, seorang pekerja pengangkat beg mencadangkan kepada Tony untuk membeli peralatan ‘belt loaders’ bagi memudahkan tugas mereka masukan beg ke dalam pesawat Airbus yang baru dibeli. Tetapi, Tony menolaknya kerana pada masa itu kemampuan kewangan AirAsia yang terbatas.

Belt loaders

Namun, setelah beliau alami sakit belakang selepas bertugas memasukan beratus-ratus beg ke dalam pesawat, barulah beliau faham ‘penderitaan’ yang dialami oleh pekerjanya dan beliau terus membuat keputusan untuk membeli peralatan tersebut.

Dalam satu kejadian lain ketika beliau bertugas sebagai kabin krew, salah seorang penumpang meminta kepadanya minuman Coke di dalam tin. Lalu Tony mengambil tin tersebut dan terus membuka penutupnya walaupun cuba dilarang oleh salah seorang kabin krew.

Sebaik dihulurkan kepada penumpang tersebut, Tony dengan bangganya meminta wang bayaran sebanyak RM3. Penumpang itu terkejut dan terus pulangkan minuman tersebut kerana dia (penumpang)  tidak tahu minuman tersebut bukannya percuma.

Barulah Tony tahu mengapa setiap makanan dan minuman yang diminta pelanggan tidak dibuka penutupnya sebelum diberi kepada mereka.

Semua perkara yang dilalui oleh Tony Fernandes di dalam AirAsia, saya membaca melalui bukunya berjudul Flying High: My Story: From AirAsia to QPR.

Nanti akan dikongsikan pula, bagaimana Tony Fernandes menggalakkan setiap pekerjanya memberikan idea dan pendapat mereka.

Artikel Lain Untuk Di Baca