Lelaki Ini Kongsikan 7 Nota Kewangan Yang Sangat Membantu

Penyimpanan wang haruslah bermula dari muda. Tidak susah pun sebenarnya, anda hanya perlu berdisiplin dan ada sasaran tersendiri.

Tidak dinafikan, nafsu untuk berbelanja semakin kuat di kalangan setiap individu, lebih-lebih lagi jika ada jualan murah di pusat membeli-belah. Memang tak keruan rasanya. Pasti ingin membeli, betul tak?

Seorang pengguna Twitter iaitu Amirul Aslam berkongsi 7 tips menarik untuk menyimpan wang pada tahun 2019 ini. Tips yang begitu mudah namun sebenarnya sangat berguna dan mudah untuk anda praktik.

1. Belajar untuk kawal diri sendiri

Belajar kawal diri.Delay gratification. Kena banyak belajar dan praktis untuk tangguhkan kemahuan untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik daripada yang dihajatkan pada waktu itu.

2. Catat keluar masuk duit supaya anda tidak keliru mana perginya duit yang telah digunakan

Catat keluar masuk duit. Gunakan Apps untuk catat setiap keluar masuk duit dari 1/1/2019. Mungkin tahun 2018 dah mula tapi tak konsisten, tahun 2019 kena konsisten. Sebab dengan tahu aliran keluar masuk ni barulah boleh tahu duit anda banyak hilang kemana.

3. Pastikan anda telah menyediakan ‘duit tepi’ atau emergency fund yang cukup untuk 6 bulan.

6 bulan untuk emergency fund  setakat ini mungkin dah ada untuk beberapa bulan tapi masih belum cukup 6 bulan. Jadi 3 bulan pertama tahun 2019 fokusnya adalah untuk cukupkan tabung kecemasan selama 6 bulan.

4.  Harus ada perancangan persaraan tidak kiralah berapa puluh tahun lagi. Kena mula dari sekarang ya!

Rancang persaraan. Setakat ini banyak kepada short to medium term sahaja. Tahun ini kena mula plan untuk investment jangka masa panjang untuk persediaan persaraan nanti.

5.  Banyakkan pengetahuan mengenai cukai. Jangan tak bayar pula!

Banyakkan pengetahuan mengenai cukai. Tahun ini  dah mula terikat dengan beberapa perkara. Jadi dah boleh mula ambil tahu tentang cukai dan prosesnya. Nak jadi warganegara yang berguna kan, kenalan bayar cukai. Lari bakpe.

6. Banyakkan memberi atau bersedekah. InsyaAllah anda rezeki akan lebih murah.

Banyakkan memberi. Sebab matematik Tuhan tak sama dengan matematik manusia. Kalau kita beri 10, esoknya ada 100 datang tiba-tiba. Jadi kena banyakkan lagi memberi, tapi jangan niat untuk dapat lebih, tapi niatkanlah pemberian tu sebagai tanda kesyukuran.

7. Sentiasa bekerja keras untuk mencapai sesuatu yang diingini.

Kerja lebih kuat. Usahalah lebih kuat. Pastikan semua projek berjalan seperti dirancang dengan jayanya.

Mudah sahaja bukan? Mungkin boleh mula dari awal untuk pastikan tahun 2019 ini adalah tahun anda lebih berdisiplin lebih-lebih lagi tentang pengurusan wang.

Artikel Lain Untuk Di Baca