Lelaki Ini Kongsi Sebab Kucing Hilangkan Diri Sebelum Mati

Kebiasaannya kucing akan menghilangkan diri apabila sudah sakit dan ramai orang menganggap bahawa ia tidak mahu melihat tuannya sedih atas pemergiaannya.

Perkara ini tidak benar sama sekali. Sebenarnya, kucing menyembunyikan diri kerana naluri mandiri (survival instinct) yang wujud pada kucing tersebut. Kucing tidak hidup dalam kumpulan (pack) seperti serigala. Ia hidup seorang diri dan tidak bergantung kepada makhluk lain.

Apabila kucing sakit, kucing akan bersembunyi di tempat selesa supaya tidak diganggu oleh pemangsa (predator) yang mampu menyerangnya dalam keadaannya yang lemah.

Sekiranya kucing tersebut sakit, ia tidak mahu dipegang dan akan mengerang jika disentuh. Kucing tidak mempunyai ‘sense’ tentang makna kematian. Ia tidak tahu bahawa ajalnya akan tiba tetapi sekiranya ia sudah tenat, ia akan pergi ke tempat yang sukar dicari. Bangkai kucing susah untuk dilihat melainkan kucing yang mati dilanggar.

Tidak dinafikan bahawa ada kucing yang mencari tuan/kawan apabila sakit tetapi hal itu jarang berlaku kerana kucing mempunyai trust issue walaupun dengan makhluk yang ia rapat.

Selepas 3 hari kucing aku kesakitan, tidak mahu makan dan bulunya sudah tidak dijilat lagi, ia menghilangkan diri. Sekarang sudah 2 minggu tidak balik ke rumah. Aku andaikan sekarang ia tengah menangung kesakitan yang amat sangat ataupun mungkin telah pergi buat selamanya.

Tidak sangka ada rasa sedih dengan kehilangan kucing ini. Boleh sahaja digantikan dengan kucing lain. Perangai sama sahaja. Suka makan, suka tidur. Comel tetap comel. Tetapi perasaan terhadap kucing yang sudah lama dibela dengan kasih sayang tidak dapat digantikan dengan mana-mana kucing baru pun.

Selamat tinggal, Hitam. Aku rindu dia. Ia sudah berlalu selama 5 atau 6 tahun.

Perkongsian dengan izin penulis asal, Zamir Mohyedin.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca