Lelaki Ini Kongsi Padah Menghidap Penyakit ‘Hoarding Disorder’

Adakah anda pernah dengar penyakit jenis Hoarding Disorder? Ia secara ringkasnya merupakan satu penyakit di mana seseorang itu suka menyimpan barang yang sudah lama tidak digunakan.

Perkara ini memang nampak seperti biasa dan normal. Maklumlah, siapa yang tak sayang barang. Namun, ia menjadi ‘kronik’ apabila barang yang disimpan semakin banyak dan tidak dipakai langsung, malah boleh dikategorikan sebagai ‘sampah’. Kadang-kala tidak ada ruangan untuk berjalan di dalam rumah kerana terlalu sayang untuk mengurangkan atau membuang sahaja barangan yang sudah lama tidak dipakai.

Di bawah merupakan satu perkongsian mengenai penyakit ini daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Aiman Amri melalui akaun Facebook miliknya.

Ia merupakan kecelaruan mental seseorang apabila tidak dapat membuang barang. Menurut Aiman, mungkin nampak simple namun sebenarnya agak parah jika tidak dirawat. Penyakit ini juga ada kaitan dengan pepatah Melayu iaitu, “membazir amalan syaitan.”

Ini merupakan antara 3 karakter yang ada pada individu yang menghidap penyakit ini:

Kalau anda inginkan rumah ala hotel, rajin-rajinlah kemas rumah dan buang barangan lama yang langsung tidak terpakai dan hanya simpan barangan yang anda perlu gunakan sahaja untuk survive.

Bahaya bukan kalau ada penyakit ini? Jika anda mempunyai ahli keluarga yang jenis suka menyimpan barang, anda boleh nasihati dan bantu mereka.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca