Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew mencuri perhatian orang ramai sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan.
Walaupun terdapat sesetengah pihak yang dilihat kurang senang dengan tindakan pendakwah bebas itu yang sentiasa turun padang untuk membantu golongan kurang bernasib baik, beliau terus giat menjalankan aktiviti bersama badan kebajikannya untuk memastikan nasib golongan ini sentiasa terbela.
Menerusi sebuah perkongsian di laman Twitter, individu ini telah memuat naik 21 pesanan bermakna yang pernah diungkapkan oleh Ustaz Ebit Lew sebelum ini. Kami kongsikan 21 pesanan menyentuh hati berkenaan menerusi artikel ini:
1. Walaupun kita miskin, tetapi bila ada agama, kita bahagia.
2. Kita solat bukan sebab kita baik tetapi sebab kita hamba Allah SWT.
3. Siapa betulkan solat, Allah SWT betulkan hidup dia.
4. Ketika kita ingat Allah SWT, Allah SWT ingat kita. Allah SWT tetap ingat kita ketika kita lupa Allah SWT.
5. Kita selalu ingat apa yang kita mahukan daripada Allah SWT tetapi kita selalu lupa apa yang Allah SWT mahu daripada kita.
4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”
— Rahim Isam (@rahim_isam) April 25, 2020
5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”
6. Kita melihat bukan dengan mata tetapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.
7. Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.
7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”
— Rahim Isam (@rahim_isam) April 25, 2020
8. Tidak mengapa sekiranya orang hina atau aibkan kita. Kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tetapi hanya untuk Allah SWT sayang.
8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”
— Rahim Isam (@rahim_isam) April 25, 2020
9. Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Akhlak adalah apabila kita cari baik dalam keburukan orang lain. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri kerana itulah ikhlas.
10. Kita perlu menerima doa daripada orang yang makbul doanya untuk Allah SWT bantu kita. Pertama, doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik dan kawan-kawan kita walaupun hanya melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.
…sendiri, itulah ikhlas.”
— Rahim Isam (@rahim_isam) April 25, 2020
10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”
11. Bila kita bawa orang yang jauh daripada Allah SWT kembali kepada-Nya, maka itulah cinta yang sebenar.
12. Biar apa orang mahu kata kerana apa yang penting ialah kita hidup untuk Allah SWT sayang.
13. Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan tetapi akhirnya tidak dapat apa-apa kerana ubat kesedihan ialah sujud dan mengadu kepada Allah SWT.
13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”
— Rahim Isam (@rahim_isam) April 25, 2020
14. Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah SWT sentiasa sayang kita. Apabila Allah SWT sayang, Dia beri kita kebaikan dan hati yang tenang jadi kita kena banyak puji Tuhan.
15. Apabila kita berdakwah tetapi orang tidak dengar, kita berdoa, “Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”
16. Segala benda tidak ada yang kebetulan, tidak sengaja dan sengaja kerana itu semua Allah SWT sudah aturkan. Allah SWT sudah pertemukan tujuannya untuk kebaikan.
17. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah SWT jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.
15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”
— Rahim Isam (@rahim_isam) April 25, 2020
16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan….
… Tujuannya untuk kebaikan.”
— Rahim Isam (@rahim_isam) April 25, 2020
17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”
18. Semua masnusia mempunyai hati dan keinginan untuk menjadi baik.
19. Jangan risau kalau orang tidak nampak apabila kita buat baik kerana yang penting Allah SWT nampak.
20. Cinta itu akan kekal apabila kita melakukannya kerana Allah SWT dan untuk Tuhan sayang. Kita perlu berusaha mengasihi ahli keluarga kita kerana Allah SWT untuk reda-Nya.
20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.
— Rahim Isam (@rahim_isam) April 25, 2020
21. Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah SWT.
Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah SWT. Ia tidak mustahil untuk manusia yang paling disayangi oleh ramai orang dibenci dalam sekelip mata tetapi itu tidak penting. Apa yang penting adalah apabila Allah SWT sayang.
…Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”
— Rahim Isam (@rahim_isam) April 25, 2020
Kita kongsi untuk semua ambil manfaat 🤲
Perkongsian itu sudah menerima 26,100 retweet dan 28,200 tanda sukaan pada waktu artikel ini ditulis. Semoga perkongsian di atas boleh memberi manfaat kepada kita semua.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Ustaz Ebit Lew, anda boleh klik pada pautan di bawah: