Lelaki Ini Kena Paksa Balik Rumah Dengan Ibu Ketika Demonstrasi Lawan Kerajaan

Para pekerja dan barisan mahasiswa kini membuat demonstrasi di beberapa wilayah di Indonesia sebagai tanda bantahan mereka terhadap Undang-undang Omnibus yang baru sahaja diluluskan pada 5 Oktober lalu. Undang-undang berkenaan didakwa tidak adil, menekan hak pekerja dan menjejaskan alam sekitar.

Seorang pelajar di Kota Samarinda, Kalimantan Timur ini bagaimanapun mencuri perhatian orang ramai selepas dia yang sedang asyik menyertai tunjuk perasaan berkenaan dikejutkan dengan kehadiran ibunya sendiri. Insiden berkenaan dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama Teofilus yang kemudiannya menjadi bualan ramai.

@thenkck

Untuk kalian yang pengen ikut demo ijin dulu ke mamak kalian, biar gk kek gini jadi nyaa.. #fyp #fyp #hidupmahasiswa masa gk #fyp sii. 😂

♬ Dominique Koplo – yofve squidward

“Buat anda yang ingin mengambil bahagian dalam demonstrasi, jangan lupa untuk minta izin daripada ibu terlebih dahulu supaya ia tidak akan jadi seperti ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi video berkenaan, seorang pelajar berbaju hitam telah didatangi oleh seorang wanita yang memakai baju kelawar merah. Wanita dengan baju kelawar merah itu menarik bahu anaknya sambil menolaknya keluar daripada kumpulan pelajar yang sedang membuat aksi tunjuk perasaan.

Dalam pada itu, Teofilus memberitahu pihak media bahawa dia tidak sangka sama sekali bahawa insiden seorang anak ditarik oleh ibunya akan menjadi bualan ramai.

Sekiranya berada di tempat pelajar berkenaan, apakah yang akan anda lakukan?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Indonesia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca