Lelaki Ini Hanya Mampu Tengok Tulang Kaki Sendiri Terpelanting Selepas Terbabit Dalam Kemalangan

Seorang lelaki ini hanya mampu untuk melihat tulang kaki kanannya yang patah terpelanting di atas jalan selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda. Kejadian malang ini dilaporkan berlaku semalam sekitar jam 4 petang di Kilometer 28 Jalan Kuala Nerang, Naka, Kampung Hujung Ketun dekat Padang Terap, Kedah.

Sumber: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang berusia 27 tahun itu ditenteramkan oleh orang awam agar tidak banyak bergerak bagi mengelakkan kecederaan lebih teruk daripada berlaku.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Terap iaitu Asisten Superintendan Safuan Abd Rashid, siasatan awal mendapati bahawa pacuan empat roda itu datang dari arah Naka menghala balik ke pejabat agensi kerajaan terbabit di Sik.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu dikatakan hendak berhenti di sebuah kedai runcit di sebelah kanan jalan dan ketika itu datang motosikal mangsa dari arah hadapan.

Berikutan itu, motosikal mangsa melanggar pacuan empat roda itu dari arah hadapan yang pada ketika itu sedang membelok masuk ke kedai runcit,” kata Safuan menerusi satu kenyataan.

Kata Safuan lagi, jarak yang terlalu dekat sekali gus membuatkan motosikal mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian hadapan kenderaan pacuan empat roda itu di sebelah sisi kanan.

Sumber: Harian Metro

Difahamkan, penunggang motosikal berkenaan parah di kaki kanan dan kini sedang dirawat di wad Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Safuan.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan nahas jalan raya, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca