Lelaki Ini Hadiahkan Teman Wanitanya Lautan Luas Bernilai RM401 Ribu

Seorang lelaki bernama Zhang telah menghadiahkan lautan seluas 210 hektar kepada teman wanitanya bersempena dengan Hari Kekasih di China.

Teman wanita tersebut berkata bahawa dia sungguh terkejut dan tidak menyangka akan menerima hadiah yang luar biasa daripada teman lelakinya.

Zhang juga mengatakan bahawa dia telah membayar sejumlah wang berharga 682,662 yuan (RM401,516) untuk membeli laut itu yang telah dilelong di dalam talian.

Teman wanitanya telah memberitahu hadiah berkenaan di sebuah aplikasi Wechat termasuk harga, lokasi dan gambar kawasan laut berkenaan yang telah mendapat perhatian daripada warganet.

Namun, ada juga yang mempertikaikan gambar tersebut walaupun ia sekadar hiburan.

“Lagipun apa tujuannya membida hak penggunaan terhadap laut? Adakah dia mahu menternak ikan kerana teman wanitanya sukakan makanan laut?” kata salah seorang pengguna WeChat.

Menurut peguam Zhang Xinnian, dia mengatakan bahawa proses itu sah mengikut undang-undang China.

“Mengikut undang-undang hartanah, perairan wilayah adalah milik negara dan tidak boleh dijual beli. Namun, negara turut melindungi hak penggunaan yang diperoleh secara sah mengikut undang-undang.”

“Organisasi dan individu boleh memohon hak menggunakan kawasan perairan dengan jabatan pentadbiran hal ehwal marin,” jelasnya.

Tambahnya lagi, mereka yang mempunyai hak berkenaan pula dibenarkan untuk memindahkan, menyewa atau memajaknya sepanjang tempoh pemilikan tersebut.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca