Dia diumpamakan seperti singa di padang pasir dan ramai wanita ‘tertikam’ dengan sepasang mata coklatnya yang tajam itu.

Banyak media melaporkan lelaki ini diusir keluar dari Arab Saudi kerana kerajaan bimbang ramai wanita hilang kawalan apabila berada di sekitarnya.
Pemilik nama Omar Borkan Al Gala ini merupakan seorang jurugambar, pemuisi dan pelakon dari Dubai.
Dia menjadi selebriti segera di internet kerana ketampanannya yang membuat sekurang-kurangnya 80,000 wanita ‘berkicau’ mengenainya di laman Facebook dan Twitter.
Salah satu komen yang menunjukkan Omar ini sangat handsome adalah apabila seorang wanita Amerika menyuruh pihak Arab Saudi ‘membuang’ lelaki ini sampai ke Texas. Dan pelbagai lagi komen-komen daripada perempuan yang ovarinya meletup.

Sebenarnya, lelaki ini tak adalah sampai dihalau dari negara tersebut tetapi hanya diusir keluar daripada sebuah festival budaya di Arab Saudi secara baik kerana polis mendakwa dia “terlalu kacak” dan ramai wanita mengerumuninya.
Lagipun pihak Suruhanjaya Arab Saudi telah menggariskan peraturan yang ketat untuk membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.
Insiden itu berlaku pada tahun 2013 dan menarik perhatian dunia. Pada mulanya, Omar hanya berdiam diri dan tidak memberi sebarang komen berhubung kejadian itu sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.
Dua tahun kemudian barulah dia mendedahkan bahawa dia hanya diusir keluar dari festival tersebut dan tidak pernah dihalau keluar dari negara itu.

Selama dua tahun itu juga, dia ditawarkan banyak pinangan, hadiah Mercedes G55, dan seorang pengurus.
Dia turut menjadi duta Samsung dan menerima pelbagai kontrak modelling daripada seluruh dunia. Kini, dia dan keluarganya menetap di Kanada.
Jika kacak seperti ini saja sudah buat ramai wanita ‘menjerit’, bagaimana agaknya ketampanan Nabi Yusuf a.s. yang membuatkan ramai wanita terpotong jari? Tuhan saja yang tahu.