Cisco ASEAN mengesahkan individu bernama Eric Liew yang terbabit dengan isu menghina Sultan Muhammad V di media sosial tidak lagi bekerja dengan syarikat mereka. Walau bagaimanapun, syarikat tersebut tidak menyatakan sama ada individu terbabit meletakkan jawatan ataupun dipecat.

Cisco ASEAN dalam satu kenyataan malam tadi turut kesal dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Cisco menghormati tradisi dan undang-undang Malaysia. Kenyataan itu dibuat oleh pekerja dalam kapasiti peribadi dan tidak mewakili pandangan Cisco.

Kami sangat kesal atas sebarang kesulitan dan memohon maaf. Pekerja tersebut juga telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan tidak lagi berkhidmat dengan syarikat ini.

Tindakan ini diambil selepas warganet membanjiri halaman Facebook rasmi syarikat tersebut dan meminta tindakan segera terhadap Eric Liew. Selain komen dalam talian, beberapa ahli pemuda UMNO turut hadir ke pejabat Cisco petang semalam (7 Januari 2019) bersama satu memorandum yang menuntut tindakan disiplin terhadap tingkah laku biadab lelaki itu.

Pada 6 Januari 2019, Eric Liew telah menulis komen yang berbau biadab tentang Sultan Muhammad V mengenai peletakan jawatannya sebagai YDP Agong.

Terlalu sibuk berzina dengan pengantin barunya

Selepas tular di media sosial, Eric kemudian mengakui kesalahannya dan telah mengeluarkan kenyataan maaf menerusi laman Facebook peribadinya.

Saya telah membuat komen biadab yang tidak sepatutnya terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong hari ini. Saya telah menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada group (Facebook) di mana saya telah meninggalkan komen tersebut namun ia telah menjadi tular .

Saya benar-benar meminta maaf kerana membuat komen yang tidak sepatutnya itu. Saya berharap mereka yang marah disebabkan perkara itu boleh memaafkan saya.

Walaupun beliau telah memohon maaf, tetapi hukuman tetap perlu diberikan supaya menjadi pengajaran kepada beliau dan orang ramai agar perkara sebegini tidak berlaku lagi.

Sumber: Malay Mail


Ikuti kami di ruang internet.
Telegram @LejenPress. // Facebook /LejenPress. // Twitter @lejenpress. // Instagram @lejenpress
(Jumlah bacaan sebanyak 655 kali, dibaca 1 kali pada hari ini)