Siapa yang tak mahu dibayar gaji tanpa membuat sebarang kerja?
Shoji Morimoto, lelaki Jepun yang berumur 37 tahun ini sedang menjalani kehidupan yang diimpikan oleh semua orang.
Pada tahun 2018, Morimoto telah memuatnaik sebuah ciapan di Twitter yang mengiklankan dirinya sendiri untuk diambil sebagai seorang pekerja.
『レンタルなんもしない人』というサービスを始めます。1人で入りにくい店、ゲームの人数あわせ、花見の場所とりなど、ただ1人分の人間の存在だけが必要なシーンでご利用ください。
— レンタルなんもしない人 (@morimotoshoji) June 3, 2018
国分寺駅からの交通費と飲食代だけ(かかれば)もらいます。ごく簡単なうけこたえ以外なんもできかねます。
Pada awalnya, Morimoto hanya memuatnaik ciapan tersebut sebagai sebuah gurauan.
Servis-servis yang ditawar oleh jejaka itu hanyalah sekadar menemani makan dan minum serta berbual-bual kosong bersama.
Meskipun kedengaran seperti sesuatu yang tidak masuk akal, lelaki ini telah berjaya mendapat tempahan sebanyak 3,000 kali sejak kali pertama dia memuatnaik ciapan Twitter tersebut.
Morimoto menyatakan di dalam sebuah wawancara, dia mendapat banyak tempahan dari wanita-wanita yang takut untuk keluar sendirian pada waktu malam.
Tidak dilupakan juga para lelaki yang memintanya menjadi teman untuk melakukan aktiviti yang membuat mereka berasa segan apabila dilakukan sendirian.
Jejaka ini dibayar untuk melakukan banyak hal lain termasuk menjaga tempat duduk di restoran sehinggalah mendengar kenyataan pembunuh di mahkamah.

Pada mulanya, Marimoto hanya mengenakan bayaran untuk makanan, minuman dan kenderaan sahaja tetapi akhirnya dia mula menetapkan harga bagi servisnya yang kini berjumlah ¥10,000, iaitu sekitar RM370.
Marimoto bukanlah seorang yang tidak berpendidikan. Bahkan, dia merupakan seorang pemegang sarjana Fizik daripada Universiti Osaka.
Dia pernah bekerja di sebuah perusahaan penerbitan, namun dia merasakan pekerjaan itu tidak cocok buatnya.
Kini, pengikut akaun Twitter Marimoto telah mencapai hampir 270,000 orang.
Tidak kurang juga, lelaki ini telah mendapat perhatian penduduk Jepun sehingga berjaya menjadi subjek utama sebuah filem dokumentari.
Tiga buah buku juga telah berjaya dihasilkan oleh Marimoto dan sebuah karakter kartun Manga berdasarkan dirinya turut dicipta.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: