Search
Close this search box.

Lelaki Ini Dakwa Temui Lokasi Sebenar Dalam Filem KKN Di Desa Penari

Satu foto baru-baru ini berjaya mencuri perhatian orang ramai apabila ia memaparkan penemuan mengejutkan sebuah rumah misteri yang didakwa lokasi sebenar dalam filem KKN Di Desa Penari.

Memetik laporan Tribun Style, lokasi penggambaran merupakan salah satu elemen penting yang diketengahkan dan cukup menjadi tanda tanya dalam kalangan penonton filem pecah panggung itu.

Sumber: mStar

Ramai orang ingin tahu lokasi sebenar penggambaran filem yang dibintangi Tissa Biani, Adinda Thomas, Achmad Megantara, Aghniny Haque, Calvin Jeremy, Fajar Nugra dan Kiki Narendra itu serta mempersoalkan sama ada ia merupakan tempat yang betul-betul wujud ataupun sebaliknya.

Walau bagaimanapun, kebanyakan cerita dan khabar angin yang tersebar mendakwa lokasi sebenar penggambaran KKN Di Desa Penari itu terletak di daerah Banyuwangi iaitu sebuah perkampungan yang terletak di wilayah Jawa Timur.

Sumber: Tribun Style

Sebuah saluran YouTube yang dikenali sebagai Sultoni Irsyah telah memuat naik video menyiarkan keadaan perkampungan itu. Sekiranya menonton video tersebut, anda dapat melihat keadaan sebuah kampung yang sepi di tengah hutan.

Pemilik video berkenaan iaitu Sultoni Irsyah mendakwa daerah yang ditemuinya adalah lokasi sebenar filem arahan Awi Suryadi yang sering disebut-sebut.

Lelaki itu turut berkata dia mengalami sedikit kesukaran kerana terpaksa meredah laluan jalan sempit dan hutan sebelum tiba di lokasi tersebut.

Ketika tiba di lokasi itu, dia mendakwa telah menemui beberapa orang penduduk yang bilangannya tidak ramai sebelum menemui binaan rumah yang sudah tidak didiami lagi dan dipenuhi semak samun.

Kawasan itu juga dipercayai tidak didiami oleh mana-mana penduduk. Untuk pengetahuan anda, KKN Di Desa Penari adalah sebuah filem yang merupakan hasil adaptasi daripada kisah sebenar.

Pada waktu artikel ini ditulis, video itu telah berjaya menerima kira-kira 372,000 tontonan. Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca