Lelaki Ini Curi Ayam Dan Itik Orang Kampung Untuk Isi Minyak Kereta BWM Miliknya

Seorang petani kaya telah ditahan pihak polis gara-gara didakwa mencuri ayam dan itik di beberapa kampung di daerah Linshui sejak April lalu, lapor Red Star News.

Petani dari wilayah Sichuan di China itu berbuat demikian untuk membeli minyak kereta mewah BWM miliknya.

Pada mulanya, polis di Linshui telah menerima banyak laporan mengenai kehilangan ayam dan itik di kawasan berkenaan. Mereka langsung tidak mengesyaki Qiang sebagai dalang dalam kecurian ini kerana dia merupakan salah seorang petani terkaya di kawasan itu.

Qiang tinggal di sebuah vila mewah dan memandu kereta BMW yang bernilai AS$290,000 (RM1.2 juta). Mana mungkin seorang yang kaya-raya tiba-tiba mencuri ayam dan itik orang kampung.

Walau bagaimanapun, dia dilaporkan melakukan perkara terkutuk itu kerana sedang mengalami masalah kewangan sehingga tidak mempunyai wang untuk mengisi minyak kereta mewahnya itu.

Dia mula mencuri ternakan orang kampung dan menternak haiwan itu di ladangnya sehingga ia sihat dan gemuk sebelum menjual kesemua haiwan tersebut bagi membayar kos minyak keretanya.

Polis menahan suspek sebaik sahaja meneliti rakaman kamera CCTV dan mendapati Qiang menaiki motosikal ke kampung berkenaan pada lewat malam.

Sewaktu disoal siasat, petani yang berusia 50 tahun itu mengaku bersalah dan menjelaskan bahawa dia terpaksa berbuat demikian demi kereta kesayangannya itu.

Qiang kini ditahan dan berdepan dengan tuduhan mencuri.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca