Search
Close this search box.

Lelaki Ini Cipta Rekod Dunia Selepas Berjaya Ukir 12,000 Lubang Pada Telur

Pengukir terkenal Turki, Hamit Hayran baru-baru ini telah mencipta rekod dunia selepas berjaya menghasilkan ukiran 12,000 lubang pada telur.

Memetik laporan Oddity Central, pencapaian terbaharu Hamit berjaya mengatasi rekod peribadinya sebelum ini iaitu sebanyak 11,827 ukiran lubang.

Hamit yang tinggal di Golbasi dipercayai aktif dalam seni ukiran telur semenjak 1998 iaitu selepas mengalami kecatatan akibat kemalangan di tempat kerja.

Difahamkan, Hamit tidak dapat berdiri dan berjalan sejak kemalangan itu berlaku sekali gus membuatkan dia banyak menghabiskan masanya dengan seni ukiran sehingga menjadi pengukir telur terkemuka dan disegani di dunia.

Selain banyak menghasilkan pelbagai karya ukiran telur yang cukup mengagumkan, Hamit turut giat memecahkan rekod pengukir lubang terbanyak.

Antara kejayaan sulungnya adalah memecahkan rekod artis Pakistan menerusi ukiran 8,708 lubang.

Hamit dikatakan mengambil masa kira-kira setahun bagi menyiapkan ukiran kalimah Allah yang berjaya memecahkan rekod peribadinya itu.

Untuk baca artikel lain berkenaan individu yang berjaya pecah rekod dunia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca