Lelaki Ini Cipta Kasut Khas Bernilai RM200 Untuk ‘Pijak’ Macron Dan Trump

Seorang tukang kasut yang berasal dari Palestin, Imad Mohammad telah mencipta satu kasut khas buatan tangan dengan nama Presiden Amerika Syarikat dan Perancis dalam kaligrafi Arab sebagai tanda boikot terhadap dua pemimpin tersebut.

“Kasut menjejak tanah, habuk dan kekotoran. Jika kita menulis nama seseorang pada kasut, ia juga akan kotor.

“Ia menandakan bagaimana kita menilai individu itu,” katanya.

Alasan Imad memilih dua pemimpin dunia yang terpalit dengan kontroversi ini adalah kerana mereka berdua telah ‘menggangu orangnya’.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebelum ini telah mencetuskan kontroversi dengan memindahkan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Jerusalem pada Mei 2018. Langkah Trump itu dilihat seolah-olah mengiktiraf bahawa Jerusalem sebagai ibu kota Israel.

Manakala minggu ini, Imad menghasilkan satu lagi kasut khas dengan nama Presiden Perancis, Emmanuel Macron selepas dia mencetuskan kemarahan umat Islam apabila menyokong penerbitan kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad atas alasan kebebasan bersuara.

Dilaporkan bahawa kasut tersebut dijual pada harga sekitar $50 (RM200.00) dan diperbuat daripada kulit asli di dalam dan di luar dan lebih asli daripada mereka (dua pemimpin tersebut).

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca