Lelaki Ini Bina Restoran Mini Untuk Haiwan Di Halaman Rumahnya

Memberi haiwan makan merupakan amalan terpuji.

James Vreeland, lelaki dari Amerika Syarikat ini mencapai satu level lain apabila beliau menukang sebuah restoran mini untuk hidupan liar khususnya burung dan tupai yang tinggal berdekatan rumahnya.

Kredit foto: James Vreeland

Restoran kecil yang lengkap dengan pagar, kerusi meja dan pintu gerbang ini diberi nama dalam bahasa Perancis, Maison du Noix– bermaksud ‘Rumah Kacang’.

Kredit foto: James Vreeland

Pilihan menu yang disediakan pula adalah seperti kekacang dan kerak pizza.

Kredit foto: James Vreeland

Media antarabangsa melaporkan bahawa perniagaan restoran Maison du Noix ini amat maju dan sering dikunjungi ‘pelanggan’ yang menikmati makanan secara percuma.

View this post on Instagram

#eyebleach #brunchrush #🐿

A post shared by jamesvreeland (@jamesvreeland) on

Begitulah cara kreatif James Vreeland, tauke restoran ini menghabiskan masa kuarantin atau ‘lockdown’ sementara menunggu pandemik Covid-19 reda.

Untuk baca lagi artikel tentang miniatur, anda boleh klik pautan artikel di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca