Lelaki Ini Berlatih Kung-Fu Di Gunung Sebab Obses Dengan Novel

Seingat penulis, TV3 selalu menayangkan drama bersiri cerita-cerita cina dari Hong Kong setiap pukul 6 dan 7 petang semasa era tahun 2000-an dulu.

Antara cerita yang masih basah dalam ingatan adalah tentang kepahlawanan, pertarungan dan keluarga diraja semasa zaman China purba. Memang wow sangat bila tonton aksi watak tersebut berlawan pedang atau berkung-fu.

Novel dan filem tentang seni bela diri ini amat popular di China dan ia dipanggil Wuxia. Salah seorang penulis Wuxia paling terkenal adalah Jin Yong.

Novel-novel nukilan Jin Yong ini sangat tersohor di kalangan komuniti cina di seluruh dunia sehingga diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa dan adaptasi ke drama bersiri serta filem.

Jin Yong dipercayai mempunyai die-hard-fan atau peminat tegar. Berdasarkan laporan laman web Oddity Central, seorang lelaki berusia sekitar 20-an bernama Xiaohao sanggup pergi ke gunung untuk hidup dalam fantasinya dengan berlatih seni bela diri seperti watak-watak fiksyen tulisan Jin Yong.

Sejak kecil, dia amat meminati buku-buku Jin Yong dan praktis seni mempertahankan diri seperti tinju, kung-fu dan lontar lembing untuk menjadi seorang pahlawan.

Kenapa tak berlatih di rumah saja?

Sebab katanya sukar untuk fokus dalam kebisingan masyarakat moden lalu mengasingkan diri ke gunung.

Bila tidak berlatih, dia akan duduk diam-diam baca novel Wuxia.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca