Lelaki Ini Akhirnya Buka Hadiah Pemberian Bekas Kekasihnya Setelah 47 Tahun Berlalu

Disember, 1971

Adrian Pearce berusia 17 tahun ketika itu. Victoria Allen atau Vicki, buah hati yang satu sekolah dengannya telah memutuskan cerita antara mereka berdua semasa cuti Krismas sebab sudah jumpa lelaki lain.

Vicki menghulurkan bungkusan hadiah kepada Adrian ketika mengucapkan kata perpisahan. Bila balik rumah, Adrian dengan marahnya melempar hadiah tersebut ke bawah pokok Krismas dan bersumpah tidak akan membukanya.

Sumber gambar: CBC

Setiap tahun, dia meletak hadiah tersebut di bawah pokok Krismas tanpa membukanya.

Walaupun sudah berkahwin dan ada anak-anak, dia tetap melakukan perkara yang sama setiap kali Krismas.  

Isteri dan anak-anaknya geram nak buka bungkusan untuk tahu apa isinya namun Adrian tetap mahu berteka-teki tentang hadiah tersebut.

47 tahun kemudian

Adrian post tentang hadiah itu di Facebook. Posting berkenaan menjadi tular dan mendapat perhatian media.

Khabar tersebut sampai ke pengetahuan Vicki dan wanita itu menghubungi Adrian. Adrian dan isterinya, Janet pergi ke British Columbia untuk bertemu dengan Vicki dan membuka bungkusan hadiah itu bersama-sama dalam sebuah acara amal.

Sumber gambar: Global News

Ternyata hadiah itu adalah buku komik strip bertajuk ‘Love is…’ karya Kim Grove, inspirasi daripada surat-surat cinta yang ditulis oleh artis komik kepada suaminya.

Sumber gambar: Amazon.com

Hampir menitis air mata lelaki dari Kanada itu selepas membuka hadiah dan dia merancang untuk bingkai buku komik itu. Cinta itu tidak selamanya kekal, mungkin sebab itulah wujudnya kenangan.

Manakala bagi Vicki pula, tempoh masa 47 tahun itu terlalu lama untuk bekas teman lelakinya masih ingat dan menyimpan dendam terhadapnya. Tetapi dia gembira kerana Adrian sudi simpan hadiah pemberiannya.

Bayangkan sekiranya hadiah misteri tersebut sebenarnya iPhone Pro 11 dan dibuka 50 tahun kemudian. Hmm…

Anda mungkin berminat untuk baca tentang kisah hadiah menerusi pautan artikel di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca