Lelaki Hamilkan Tiga Orang Remaja Perempuan Usia 12, 15 Dan 18 Tahun

Seorang lelaki Singapura berusia 20 tahun yang didapati menghamilkan tiga orang gadis remaja berusia 12, 15 dan 18 tahun dalam masa tiga tahun telah didakwa pada 13 Julai 2021 kerana telah melakukan hubungan seksual dengan remaja bawah umur.

Dua daripada remaja perempuan itu masih bawah umur ketika mereka melakukan hubungan seksual. Mangsa yang paling muda dipercayai telah menggugurkan kandungannya manakala dua lagi mangsa manyimpan kandungan mereka.

Pesalah juga didakwa telah menampar pipi dan menendang pinggang pada bahagian belakang mangsa yang berusia 18 tahun.

Tertuduh tidak boleh dinamakan kerana dia masih bawah umur ketika dia melakukan kesalahan jenayah tersebut.

Lelaki berkenaan akan kembali ke mahkamah pada 21 Julai untuk perbicaraannya. Lelaki tersebut akan mencapai usia 21 tahun pada minggu hadapan.

Secara keseluruhan, pesalah tersebut telah mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan dalam kesalahan seksual remaja bahawa umur 16 tahun. Lelaki itu juga mengaku bersalah kerana telah mencederakan mangsa berusia 18 tahun.

Sebanyak 17 kesalahan yang lain akan diambil kira dalam perbicaraannya dan kebanyakannya adalah kesalahan seksual remaja bawah umur 16 tahun.

Pada Januari 2017, ketika pesalah masih berusia 17 tahun, dia telah mula berkenalan dengan mangsa berusia 15 tahun melalui kenalan mereka. Mereka akhirnya mula bercinta.

Pada bulan yang sama, mereka telah melakukan hubungan terlarang tersebut tanpa sebarang perlindungan di kawasan tangga. Mangsa dipercayai belum pernah melakukan sebarang hubungan terlarang sebelum kejadian tersebut.

Beberapa bulan kemudian, mereka melakukan kesalahan tersebut sebanyak dua atau tiga kali sebulan sehingga mereka akhirnya putus cinta pada bulan Ogos tahun yang sama.

Mangsa akhirnya didapati telah hamil anak kandungan lelaki berkenaan pada awal tahun 2018. National University Hospital telah melakukan laporan polis pada bulan Mac 2018 tentang kehamilan bawah umur mangsa.

Pada bulan Januari 2018, lelaki berkenaan, 19, mula mengenali mangsa berusia 12 tahun melalui aplikasi Instagram. Mangsa kemudiannya berhubung dengan pesalah tersebut dan berkomunikasi melalui WhatsApp.

Pesalah dilaporkan telah merancang untuk bertemu anak gadis itu sendirian di rumahnya pada bulan yang sama walaupun sudah mengetahui usia sebenar mangsa. Mereka telah melakukan hubungan seksual di bilik tidur pesalah dan bercinta setelahnya.

Lelaki itu telah disiasat atas kesalahan seksualnya bersama mangsa yang pertama, namun dia masih bertemu dengan mangsa berusia 12 tahun itu untuk melakukan hubungan terlarang bersamanya setelah sebulan berkenalan.

Pada 30 April 2019, anak gadis itu mendapati bahawa dia telah 10 minggu hamil dan memutuskan untuk menggugurkan kandungannya pada bulan Mei.

Lelaki berkenaan telah didaftarkan untuk program khidmat negara (National Service) pada hari yang sama mangsa menggugurkan kandungannya.

Meskipun demikian, kedua-dua pasangan tersebut dikatakan masih berjumpa pada hujung minggu apabila dia pulang dari kem dan menginap di rumah mangsa, sebuah flat sewa yang masih didiami oleh ibu mangsa.

Pada Jun 2019, pesalah sekali lagi melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan bersama mangsa bawah umur berkenaan kerana dia mempercayai bahawa mangsa tidak akan hamil lagi kerana baru sahaja menggugurkan kandungan.

Pada Ogos 2019, lelaki tersebut telah memulakan hubungan bersama mangsa berusia 18 tahun. Namun, hubungan mereka berakhir pada bulan September 2020 ketika mangsa berusia 18 tahun.

Susulan itu, pesalah telah menampar pipi mangsa dan menendang bahagian pinggang belakang mangsa ketika mereka sedang bergaduh kerana lelaki itu tidak mahu mangsa keluar daripada rumahnya pada Januari 2020.

Mangsa kemudiannya mendapati telah hamil pada bulan Mac 2020 dan melahirkan anak tersebut pada bulan Julai.

Atas kesalahan seksual remaja bawah umur 14 tahun, pesalah boleh dipenjara hingga 20 tahun, didenda atau dirotan.

Manakala untuk kesalahan seksual remaja bawah umur antara 14 dan 16 tahun, pesalah boleh dipenjara hingga 10 tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Untuk kesalahan mencederakan mangsa secara sengaja pula, pesalah boleh didenda hingga tiga tahun atau didenda sebanyak S$5,000 (sekitar RM15,000) atau kedua-duanya sekali.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca