Lelaki Dibelasah Bapa Mertua Gara-Gara Pukul Isteri

Buku bertemu ruas. Seorang lelaki menemui lawannya yang setara apabila dia dibelasah oleh bapa mertuanya gara-gara memukul isterinya. Video kejadian itu mula tular di media sosial dan mendapat pelbagai respons dari pihak netizen. Kejadian ini dikatakan berlaku di Kuching, Sarawak.

Di dalam video terbabit bapa mertua dikatakan berang kerana menantunya itu memukul anaknya sehingga cedera. Lelaki terbabit dilihat terduduk di tepi jalan dengan mulut yang berdarah gara-gara dipukul dengan rotan dan ditendang oleh bapa mertuanya. Bapa mertuanya juga mempersoalkan apakah hak menantunya untuk memukul anak perempuannya.

 

Foto: Lobak merah

 

“Kalau mak bapak kau tak ajar, biar aku yang ajar kau. Nak minta maaf dengan aku? Masa kau pukul anak aku ada kau minta maaf dengan dia?” ujar bapa mertuanya.

Sepanjang dibelasah bapa mertuanya, menantunya hanya mendiamkan diri dan tidak membalas perbuatan bapa mertuanya.

Rata-rata netizens menyokong tindakan bapa mertua terbabit dan merasakan bahawa lelaki tersebut wajar diberi pengajaran sedemikian rupa.

 

Artikel Lain Untuk Di Baca