Lelaki Di AS Ini Dijangkiti COVID-19 Sebanyak 3 Kali Dalam Tempoh 2 Bulan

Seorang lelaki mengakui dirinya telah positif sebanyak tiga kali dalam tempoh dua bulan.

Menurut lelaki berusia 26 tahun itu, disebabkan itu beliau takut sekiranya masih menghidap penyakit itu.

Christian Bermea dikatakan pertama kali menghidap COVID-19 pada 19 Mac yang lalu. Beliau kemudian didapati menghidap virus tersebut sebanyak dua kali sejak itu.

Walaupun beliau tidak merasa sakit seperti pertama kali, Christian memberitahu beliau masih mengalami beberapa gejala.

Lelaki dari Houston di Texas, Amerika Syarikat itu memberitahu kepada Fox 6, beliau sudah bersedia untuk mengakhirinya.

“Saya pasti berasa jauh lebih baik daripada yang saya rasakan pada awalnya, tetapi saya masih belum mencapai 100 peratus.

Deria bau saya tidak begitu baik seperti dulu, saya sentiasa berasa letih dan sesak nafas,” ujarnya.

Selepas 52 hari sejak pertama kali dijangkiti, beliau masih lagi menjalani kuarantin diri.

“Virus ini bukan sahaja melibatkan proses fizikal, tetapi juga mental,” tambahnya.

Lelaki itu juga memaklumkan beliau merancang untuk melakukan ujian sekali lagi pada minggu ini.

Jika masih lagi mendapat keputusan positif, beliau mungkin akan menunggu sebulan lagi untuk menjalani ujian.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca