Lelaki Berpakaian Wanita Dikompaun Kerana Kesalahan Trafik Dan SOP

lelaki perpakaian wanita

Tular sebuah video dimana seorang lelaki berpakaian wanita didapati bersiar-siar dengan menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar.

Malah, lelaki tersebut juga didapati tidak memakai memakai pelitup muka, sekaligus telah melanggar SOP dan kesalahan trafik di kawasan perumahan Petrajaya, Kuching.

Sejurus video berdurasi 55 saat itu tular, lelaki tersebut telah dipanggil oleh pihak polis 27 Jun semalam. 

Lelaki berkenaan juga telah disaman kerana tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, video yang diambil pada April tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook pada Khamis 24 Jun lepas.

Ahsmon berkata kes masih dalam siasatan dan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut.

“Satu kertas siasatan juga dibuka di bawah Seksyen 17(1) Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempat Berjangkit) 2021,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Walau bagaimanapun, beberapa warganet meluahkan rasa ketidakpuasan hati kerana lelaki berpakaian wanita ini disaman disebabkan ingkar SOP.

Seorang pengguna Facebook menyoalkan saman mengenai Pencegahan Penyakit Berjangkit kerana kejadian berlaku pada bulan April lalu sebelum PKP dilaksanakan.

“Tidak mematuhi SOP kawalan berjangkit itu sebab apa? Dalam kenyataan kata bulan 4, belum PKP lagi kan…

Kalau kata disebabkan pelitup muka, bukankah kalau bawa motosikal atau kereta berseorangan tidak perlu pelitup muka?” soalnya.

“Dalam kawasan perumahan kot… Macam kampung juga. Inilah nasib rakyat marhaen.” ujar seorang lagi pengguna Facebook.

Apa pendapat anda mengenai perkara ini?

Tonton video tersebut di sini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca