Leka Bermain Di Kawasan Luar Rumah, Kanak-Kanak Ini Terjatuh Dalam Paip Sedalam 72 Meter

Sejumlah tenaga kerja dilaporkan berusaha keras untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terperangkap selama 72 jam di dalam sebuah paip dengan kedalaman 72 meter ke bawah.

Kanak-kanak itu dikatakan jatuh ke dalam paip dengan diameter seluas 30 sentimeter sejak hari Jumaat lalu sewaktu asyik bermain berdekatan kawasan perumahan di Tiruchirappalli, India.

Kamera bersuhu telah diturunkan ke dalam paip tersebut bagi mengenal pasti suhu badan kanak-kanak berkenaan. Walaupun kanak-kanak itu dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun ia didapati masih bernafas sehingga ke pagi Ahad kelmarin.

Berdasarkan siasatan, pihak berkuasa menyatakan bahawa kejadian awal berlakunya insiden ini adalah apabila kanak-kanak tersebut terjatuh ke dalam paip sejauh 9 meter sebelum tergelincir sehingga bahagian dasar tanah dalam kedudukan tegak.

Difahamkan bahawa pihak penyelamat terpaksa menggunakan gerudi berminyak untuk menggali lubang tersebut. Bagaimanapun, kaedah tersebut mengakibatkan penahan runtuh sehingga 10 meter kerana keadaan tanah di kawasan tersebut yang berbatu.

Menurut laporan New Straits Times, percubaan menyelamatkan kanak-kanak berkenaan pada hari Sabtu yang lalu tidak berjaya apabila mesin yang menurunkan tali untuk meraih pergelangan tangan mangsa menemui kegagalan.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa insiden yang melibatkan kanak-kanak terperangkap di dalam paip ini merupakan peristiwa paling baharu terjadi selepas kejadian yang sama berlaku pada 19 tahun lalu.

Artikel Lain Untuk Di Baca