#LejenFlix: Penyamaran Konco Dadah Jadi Polis, Ini 5 Sebab Kena Tonton ‘My Name’

Dengar cerita, ramai yang menantikan siri terbaru Netflix iaitu My Name? Siri drama Korea ini ditayangkan di perkhidmatan penstriman Netflix pada 15 Oktober 2021.

My Name merupakan siri drama Korea bergenre aksi-thriller. Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Han So-hee, Park Hee-soon dan Ahn Bo-hyun.

Seperti yang anda sudah ketahui, sebelum ini Han So-hee sudah membuatkan anda teruja dengan lakonan beliau menerusi drama The World of the Married dan Nevertheless. Menerusi drama My Name, Han So-hee menunjukkan lakonan watak yang berbeza daripada drama sebelum ini.

Berikut kami kongsikan kepada anda lima sebab menarik mengenai siri drama Korea, My Name ini.

1. Sinopsis

Drama bersiri ini mengisahkan perjalanan seorang wanita yang bernama Ji-woo yang menyertai polis sebagai pengintip untuk organisasi pengedaran dadah bagi membongkar rahsia sebenar di sebalik kematian ayahnya.

Penonton akan disajikan dengan pelbagai babak saspens dek misi balas dendam Ji-woo selain mengetahui kebenaran yang memeritkan.

2. Watak Ji-woo yang tersakiti

lejenlix-penyamaran-konco-dadah-jadi-polis-ini-5-sebab-kena-tonton-my-name
Sumber: kdramadiary

Seperti apa yang dikatakan oleh Park Hee-sun, drama ini ialah buat Han-So-hee daripada Han So-hee. Ini bermaksud cerita ini memberikan fokus berat secara menyeluruh kepada watak Ji-woo.

“Ji-woo merupakan segalanya dan itu adalah wataknya. Menjadi saksi kematian ayahnya pada usia remaja dan dia tidak mempunyai pilihan selain memilih jalan gelap.”

“Saya faham perasaannya. Pada masa yang sama, saya kagum melihat kesungguhan dan kekuatan yang dibawa dalam watak Ji-woo,” jelas Han So-hee.

3. Cabaran baru buat Han So-hee

Han So-hee tekad dengan cubaan pertamanya menerusi drama aksi dan memulakan perjalanan demi menghidupkan watak Ji-woo dengan menyertai sekolah aksi dan bersenam saban hari.

Lebih mengejutkan apabila wanita itu mula menaikkan berat badannya sebanyak 10 kg bagi merealisasikan watak berkenaan.

“Saya peru melabur banyak masa tak kira macam mana sekalipun. Memandangkan ini pertama kali, jadi saya rasa sedikit terbeban.”

“Bagaimanapun, saya tidak berseorangan dan perlu bergerak bersama orang lain untuk melengkapkan satu pergerakan tersebut. Saya juga sentiasa berhati-hati dan sekiranya tercedera, ia agak sukar bagi saya”, jelas Han So-hee.

Pengarah siri drama, Kim Jin-min turut memuji pelakon wanita itu kerana mengotakan janjinya untuk berubah dan bekerja keras untuk watak berkenaan.

Lanjutan daripada itu, pelakon yang mula popular dengan drama ‘Nevertheless’ itu menyatakan bahawa dia mampu melakukan 30 sit-up dalam satu set dan kini mula belajar kickboxing.

4. Babak aksi realistik

lejenlix-penyamaran-konco-dadah-jadi-polis-ini-5-sebab-kena-tonton-my-name
Sumber: CheatSheet

Keunikan My Name disebabkan babak aksi yang ‘real’ dan mendebarkan disajikan kepada penonton.

“Pergerakan kami tidak terlalu bergantung pada wayar atau efek grafik. Semuanya berlaku menerusi emosi, jadi sudah pasti saya mengatakannya sebagai aksi sebenar dan beremosi,” kongsi Park Hee-sun.

Selain itu, Ahn Bo-hyun turut menegaskan bahawa ianya aksi yang bergerak laju. Sekiranya mata penonton berkelip, sudah pasti mereka akan terlepas pandang pergerakan dalam babak yang berkait.

Lebih menarik lagi, apabila kesemua mereka bekerja keras selama berbulan-bulan demi menjayakan babak pertarungan yang pelbagai di dalam My Name dan pasti ia tidak akan menghampakan penonton.

5. Plot berkisarkan balas dendam

Menurut pengarah Kim Jin-min, secara ringkasnya, My Name merupakan drama yang menyaksikan watak Ji-woo (Han So-hee) menjalani perjalanan yang gelap dalam merancang balas dendam ke atas kematian ayahnya.

“Noir yang gelap adalah sangat macho dan kelakian. Saya merasakan ianya sangat asli apabila saya membaca skrip My Name kerana watak utamanya ialah perempuan. Kehangatan cerita itu dapat saya rasakan melalui emosi kompleks semasa merungkai ceritanya selain dinamik setiap watak yang ada.”

“Terdapat banyak peluang untuk membawakan watak yang cantik. Walau bagaimanapun, peluang untuk beraksi melontarkan badan merata sukar didapati. Saya mahu berterima kasih dengan Han So-hee,” ujar Kim Jin-min.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca