#LejenFlix: Zed Zaidi Dakwa ‘Syok Sendiri’ Punca Drama Malaysia Gagal, Ini Respons Pengarah Nur

Selepas hanya satu episod, drama Nur arahan Shahrulezad Mohameddin terpaksa menamatkan siarannya di Indonesia kerana ia tidak menerima sambutan.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu drama tersebut.

Zed meluahkan rasa kesal dengan berkata mutu drama di negara ini hanya layak untuk siaran Malaysia sahaja.

Bagi pelakon Sembilu 2005 itu lagi, kualiti drama Malaysia yang ‘syok sendiri’ itu merupakan punca utama karya tempatan gagal memperoleh tempat dalam mana-mana stesen televisyen Indonesia.

Sumber: Kosmo

Terpanggil dengan kenyataan itu, Shahrulezad atau lebih mesra dengan panggilan Budak Ijat tampil memberikan respons terhadap kenyataan Zed menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Budak Ijat menjelaskan bahawa beliau tidak ambil kisah akan perkara ini dan kata-kata seperti itu tidak memberi kesan kepada dirinya. Beliau memang buat Nur khusus untuk peminat drama Melayu dan bukannya berebut untuk pasarkan ke luar negara.

Selain itu, Budak Ijat turut menjelaskan bahawa beliau tidak paksa drama berkenaan untuk ditayangkan di negara seberang. Pihak dari negara jiran itu sendiri yang mahukan drama itu daripada beliau.

Sumber: Murai

“Untuk pengetahuan anda, saya tidak meniru idea drama sendiri tetapi itu daripada mereka. Saya tidak paksa mereka membeli drama Nur tetapi stesen televisyen di negara Indonesia yang beria-ia mahu beli syndicated right sampai dua musim.

Lagi satu, bukan saya yang membuat keputusan untuk berhenti menayangkan drama itu walaupun baru episod pertama. Semuanya kerana desakan peminat drama Nur dari seberang yang ‘marah’ apabila ia dihentikan tayangan secara tiba-tiba,” ujar beliau lagi.

Peranan stesen televisyen dan Finas mempromosi drama tempatan ke luar negara

Sumber: Instagram @budakijat

Selain itu, Budak Ijat tampil menjelaskan bahawa beliau sedikit pun tidak kisah sekiranya drama beliau hanya nampak gah di Malaysia. “Semua perhatian ini adalah rezeki dari Allah SWT semata-mata. Walaupun hanya lima orang penonton, saya bersyukur sekiranya mereka yang menontonnya ikhlas menyokong dan menerima kebaikan dari drama saya.

Senang cerita, saya tidak terlalu ghairah pun nak jadi hero atau pelopor dalam mengeksport drama ke luar negara kerana hak drama ini bukan di atas tangan saya lagi,” tambahnya.

Pengarah itu menganggap stesen televisyen dan Finas sepatutnya memainkan peranan penting untuk eksport drama tempatan ke luar negara.

Zed Zaidi tidak tahu apa-apa tentang isu drama Nur

Sebagai respons terhadap kenyataan Zed Zaidi, pengarah Cari Aku Di Syurga itu menganggap Presiden Seniman itu sebagai seorang individu yang tidak tahu apa-apa tetapi hanya mahu menjawab soalan dilontarkan wartawan.

“Saya hanya mampu ketawa sahaja tentang kenyataan Zed Zaidi. Beliau tidak tahu apa-apa tentang isu drama Nur kenapa dikatakan gagal menembusi pasaran di sana.

Saya percaya beliau main cakap sahaja apa yang mahu dikatakan olehnya. Blur! Janji aku kena jawab soalan wartawan ni kerana kalau dia tak jawab nampak sangat dia bodoh kan.

Jadi, anda boleh nilai sendiri jawapan dia. Saya tidak ada masa untuk sentap pada bulan puasa,” ujar Shahrulezad lagi.

Shahrulezad turut mengesahkan menerusi satu hantaran lain bahawa drama Nur sudah dapat tarikh tayangan baharu dari dua stesen televisyen di Indonesia.

Apa pendapat anda tentang respons Shahrulezad? Dalam pada itu, anda boleh tengok trailer penuh Nur di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca