#LejenFlix: Video UFO Tular, Ini Respons Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat

Baru-baru ini, sebuah video penampakan kapal angkasa makhluk asing atau lebih dikenali sebagai UFO yang berlegar dekat ruang udara San Diego mengejutkan orang ramai.

Video itu difahamkan telah dirakam oleh seorang kakitangan Tentera Laut Amerika Syarikat pada Julai 2019. Memandangkan ia juga merupakan maklumat sulit kepunyaan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, jurucakap The Pentagon iaitu Sue Gough mengesahkan bahawa video itu tulen dan tampil memberikan penjelasan kepada CNN.

Menurut Sue lagi, video dan gambar telah menunjukkan objek berbentuk segi tiga berkelip terbang di langit dan juga beberapa bentuk lain yang tidak dapat dikenal pasti seperti sfera, buah oak serta kapal udara besi.

Sumber: The Vocket

Walaupun begitu, satu perkara yang pasti adalah semua objek di atas masih lagi dikategorikan sebagai fenomena udara yang belum dikenal pasti atau unidentified aerial phenomena (UAP).

The Pentagon. Sumber: The Guardian

Sue turut menjelaskan bahawa pihak Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat tidak akan mengulas lebih lanjut tentang video berkenaan atau berkongsi sebarang hasil siasatan ke atas rakaman tular itu kepada umum.

“Demi menjamin keselamatan operasi, pihak Jabatan Pertahanan sama sekali tidak akan mendedahkan maklumat sulit ini kepada umum. Ini kerana maklumat seperti ini sangat berguna. Pihak musuh pastinya akan menceroboh sistem keselamatan Amerika Syarikat.

Selain itu, Jabatan Pertahanan juga tidak akan membincangkan perkara ini secara umum sama ada yang berkaitan dengan pemerhatian dan pemeriksaan melibatkan objek dikategorikan sebagai UAP,” jelas Sue dalam satu kenyataan media.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca