Siapa sahaja yang tidak kenali S. Pavithra atau nama di Youtube ‘Sugu Pavithra’ yang kerap kali kita lihat videonya tular di media sosial. Tambahan lagi, kerana kefasihan beliau dalam bahasa Melayu sewaktu melakukan video itu mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.
S. Pavithra sering kali berkongsi resepi tentang makanan, contohnya seperti ayam masak berempah, terung bulat tumis belacan, sothi petola, kari kepala ikan dan macam-macam lagi.
Beliau tinggal di kuaters sebuah ladang swasta di kawasan pedalaman Sungai Siput, Perak bersama suami, M. Sugu dan dua orang anaknya.
Saluran Youtube ‘Sugu Pavithra’ itu merupakan hasil kolaborasi antara S. Pavithra dan suaminya.
Resipi juadah pertama yang dikongsikan mereka adalah hidangan ikan talapia bakar pada tiga bulan lepas.
Dikatakan, rakaman video yang dilakukan selama ini hanya dibuat dengan meletakkan telefon di atas cawan di tempat yang kukuh tanpa tripod.
Namun, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadiahkan tripod, ketuhar, gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan masakan.
Kad ucapan dan tripod hadiah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada YouTuber ‘Sugu Pavithra’ pic.twitter.com/HyUi9SLjS9
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) May 16, 2020
Ini merupakan video yang menerima jumlah tontonan paling banyak:
1. Kari Ayam Pencen Paling Sedap (1.9 juta tontonan)
2. Suami Masak ‘Terung Bulat Tumis Belacan’ (1.5 juta tontonan)
3. Pertama Kali Dapat Surat Dan Minta Maaf (1.2 juta tontonan)
Rata-rata warganet khususnya daripada golongan Melayu kagum dengan kefasihan beliau bertutur dalam bahasa Melayu. Malah, kerana kehidupan mereka yang cukup sederhana dan kasih sayang yang dapat dilihat dalam keluarga tersebut membuatkan mereka dihormati oleh orang lain.
Sugu & Pavitra is definitely an inspiration. Focus on positivity.
— Unpredictable (@leoroars7) May 21, 2020
One thing that I learnt from watching Sugu Pavitra’s video is that all I want is a cute and simple family. A husband who supports whatever I’m doing. Also a husband who compliments my cooking. 🥺🥺🥺🥺
— Otak Tak Working (@raratara_14) May 18, 2020
Youtuber macam Sugu Pavitra ni is such a humble and extraordinary Malaysian. The way she speaks in Malay fluently is just amazing!!!!
— Nadyy (@Babybluppy) May 16, 2020
I just got so teary watching sugu pavitra's new video today. Bless, hope she becomes a star!
— peachy (@sassysafy) May 16, 2020
Semestinya semua rakyat Malaysia menyokong Pavithra bersama suaminya dalam usaha mereka untuk membuat video masakan.

Tidak kiralah apa jua jenis hentaman atau kutukan yang diterima, semoga mereka sekeluarga terus kental dan sentiasa hidup dengan penuh kasih sayang.
Untuk membaca artikel lain berkaitan #LejenFlix anda boleh klik pada pautan di bawah: