#LejenFlix: Tular Video Seorang Wanita Jerit “Siapa Muhyiddin?” Warganet Tampil Bantu Jawab Soalan

Seminggu telah berlalu sejak perlantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang kelapan. Perlantikan beliau yang tidak dijangka setelah pergelutan kuasa politik berlaku di antara beberapa individu yang lain mengundang persepsi yang berbeza-beza dalam kalangan warganet Malaysia.

Setelah perlantikan beliau dilakukan, telah tular satu video seorang wanita sedang menjerit melakukan bantahan diikuti oleh beberapa individu yang lain.

Video yang berdurasi 56 saat itu memperlihatkan wanita itu menjerit mempersoalkan siapa Muhyiddin berkali-kali.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak mengundi Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan meminta supaya rakyat bangkit.

Perlakuan beliau dianggap tidak sopan dan menganggu ketenteraman awam. Seharusnya sebagai rakyat Malaysia kita percaya kepada keputusan Agong dalam membuat keputusan.

Sudah diketahui umum, perlantikan Muhyiddin selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Dengan itu, kita perlu hormati keputusan yang dilakukan dan beri ruang kepada Perdana Menteri yang kelapan untuk membentuk satu kabinet yang dipercayai dan mampu baik pulih semula negara kita.

Berbekalkan Super Ring ditangan, berikut adalah reaksi warganet terhadap wanita ini:

Jika benar anda tidak mengenali siapa Muhyiddin, di portal Teh Tarik Gelas Besar kami ada sediakan satu artikel yang memperkenalkan siapa itu Muhyiddin dan sejarah kerjaya beliau.

Akhir kata, sebagai rakyat Malaysia kepentingan utama yang perlu kita fokuskan sekarang ialah menangani krisis koronavirus ataupun COVID-19 yang sedang mengalami gelombang kedua.

Kenaikkan jumlah mangsa yang berjangkit semakin membimbangkan. Tindakan mengajak individu lain untuk berkumpul dan membuat bantahan adalah tindakan yang sangat mementingkan diri sendiri. Terlalu ramai yang berkumpul di satu kawasan tanpa sebarang perlindungan boleh menyebabkan berlakunya jangkitan. Kita perlu jadikan kes di Korea Selatan sebagai pengajaran.

Apa-apa pun, diharapkan segala krisis yang melanda negara kita dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan keamanan antara masyarakat dapat dicapai.

*Ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk membaca artikel #LejenFlix yang lain, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca