Lapan tahun lalu, siri permainan video seram bertajuk Five Nights at Freddy’s menarik perhatian ramai gamers dan peminat seram. Dan akhirnya sebuah filem adaptasi dari Universal Pictures akan diterbitkan pada 27 Oktober 2023.
Five Nights at Freddy’s diarahkan oleh Emma Tammi dan ditulis oleh Scott Cawthon, Emma Tammi dan Seth Cuddeback.
Filem ini dibintangi oleh Josh Hutcherson, yang lebih dikenali dari francais The Hunger Games, Matthew Lillard (Scooby Dooby-Doo, 2002), Elizabeth Lail, Kat Conner Sterling, Piper Rubio dan Mary Stuart Masterson.
Animatronik-animatronik ikonik pula akan dikendalikan oleh Jim Henson.
Game Five Nights at Freddy’s mengikut perspektif seorang pengawal keselamatan baru yang perlu bertahan selama lima malam di resotoran Pizza Freddy Fazbear daripada animatronik yang menjadi bahaya selepas kedai tersebut tutup.
Adaptasi ini pula akan mengikut watak sama yang akan dilakonkan oleh Josh Hutcherson, tapi mengguna kaedah penceritaan yang berbeza daripada permainan video seram itu.
Selain dari trailer, Universal Studios juga telah menerbitkan beberapa poster bagi filem seram Five Nights at Freddy’s





Ramai peminat Five Nights at Freddy’s memberi reaksi positif di ruangan komen trailer:



Siapa juga peminat Five Nights at Freddy’s? Adakah korang sama teruja menantikan filem tersebut, mari kongsi pendapat korang kepada kami!
Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah: