#LejenFlix Trailer Baharu Untuk Whitney Houston I Wanna Dance With Somebody

Sebuah filem biopik Whitney Houston bertajuk I Wanna Dance With Somebody dijangka akan ditayangkan pada hujung tahun ini yang dibintangi oleh Naomi Ackie bersama sedikit penggunaan rakaman-rakaman asli dari penyanyi lagenda muzik itu sendiri.

Sumber: Instragram

Pengarahnya, Kasi Lemmons, dengan penulis biopik veteran, Anthony McCarten, telahpun berjanji untuk menceritakan perjalanan hidup Houston daripada masanya sebagai penyanyi koir di gereja kepada pencapaian-pencapaian terbesarnya dalam industri muzik, ini termasuk persembahannya menyanyi lagu kebangsaan sewaktu di Super Bowl 1991.

Naomi Ackie di belah Kiri, dan Whitney Houston di kanan.

Antara cabaran terbesar bagi Houston sewaktu itu datang daripada ibunya sendiri. Kerap kali Houston dikritik olehnya mengenai persembahan dan gaya muziknya yang tidak cukup menunjukkan identiti orang Amerika Afrika. Bak kata ibunya, “tidak cukup hitam”.

“Saya tak tahu bagaimana nak menyanyi cara ‘hitam’, dan saya pun tak pandai nyanyi cara ‘putih’. Saya hanya tahu untuk menyanyi,” ujar Houston.

Turut membintangi filem ini adalah pelakon Stanley Tucci, Ashton Sanders, Tamara Tunie, Nafessa Williams dan Clarke Peters. Filem I Wanna Dance With Somebody akan ditayangkan di pawagam mulai 26 Disember 2022.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca