Search
Close this search box.

#LejenFlix: ‘Titanic Remastered Version’ Tayang 10 Februari Ini Sempena Ulang Tahun Ke-25

Sebuah filem tragedi romantik oleh pengarah James Cameron, Titanic bakal kembali menemukan penonton tidak lama lagi. Ini akan memberi keterujaan kepada peminat pasangan Jack dan Rose.

Sumber: The Economic Times

Titanic remastered version akan ditayangkan di pawagam pada 10 Februari 2023 sempena 25 tahun filem ini memenangi Oscar. Filem ini berjaya mendapat kutipan USD 2.2 bilion apabila ditayangkan tahun 1997.

Apa yang menarik berkenaan filem Titanic versi kali ini ialah dikeluarkan dalam 4K 3D dengan kadar bingkai tinggi.

Terdahulu, filem Titanic dikeluarkan dalam bentuk 3D pada tahun 2012 serta tahun 2017 bagi sempena ulang tahun ke-20.

Seperti yang semua tahu, filem Titanic berdasarkan kejadian sebenar kapada RMS Titanic yang tenggelam pada tahun 1912. Pengarah Cameron ‘adaptasi’ tragedi tragis itu dalam bentuk filem yang menceritakan kisah cinta yang menyentuh hati dalam latar belakang kapal yang karam.

Sumber: The Guardian

Watak Jack Dawson (Leonardo DiCaprio) dan Rose DeWitt Bukater (Kate Winslet) sehingga sekarang melekat di hati penonton sebagai pasangan romantik.

Penceritaan dua manusia yang mempunyai darjat berbeza bertemu di atas kapal lalu jatuh cinta satu sama lain. Walau bagaimanapun, satu tragedi kapal Titanic yang dinaiki mereka berlanggar dengan gunung ais telah memisahkan cinta mereka.

Sumber: Stylist

Trailer dan poster telah keluar . Namun ada sesuatu yang menarik perhatian netizen terhadap poster yang menunjukkan Jack dan Rose berkongsi pelukan mesra. Rambut Ikal merah milik Rose menjadi tarikan netizen sehingga terdapat komen yang bertubi–tubi. Apa tidak kena dengan rambut Rose?

Anda boleh tonton trailer di bawah.

Untuk membaca artikel #LejenFlix, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca