#LejenFlix: The Greatest Showman, 3 Sebab Kenapa Anda Mesti Tonton Filem Muzikal Ini

Bagi penggemar filem yang inginkan kelainan dan lari dari filem-filem tipikal genre aksi serta superhero, filem muzikal The Greatest Showman ini harus dimasukkan ke dalam senarai yang filem yang menarik untuk ditonton bersama keluarga pada hujung minggu.

Ini 3 sebab mengapa filem ini masih menarik untuk ditonton walaupun setelah 6 tahun ia ditayangkan.

  1. Soundtrack yang cukup sempurna

Jika filem lain menyajikan penceritaan dengan hasil layar dan kesan khas yang sangat mengagumkan, denyut nadi filem muzikal pula sudah tentu terletak pada muzik latar dan bagaimana ia dipersembahkan ke dalam filem.

Dalam konteks ini, The Greatest Showman berjaya merumuskan penceritaannya menerusi lirik lagu sekaligus membuat persembahan dengan sempurna.

Persembahan daripada Zac Effron & Zendaya dalam filem The Greatest Showman

Tidak cukup sekadar itu, rekaan busana dan kostum, tata rias penataan seni, sinematografi serta permainan warna yang disajikan membuatkan filem ini tampak ‘sedap mata memandang’.

Meskipun filem ini mempunyai garis masa dan latar belakang kurun ke-19 namun konsep muzik kontemporari yang dihasilkan sangat berbeza dan menepati cita rasa penonton pada masa kini.

Setiap lirik lagunya pula mempunyai mesej yang cukup positif seiring dengan perjalanan cerita di mana ia memfokuskan kepada jatuh bangun dalam kehidupan Phineas Taylor Barnum atau lebih dikenali sebagai P. T. Barnum yang dilakonkan oleh bekas calon Oscar, Hugh Jackman.

2. Inspirasi kisah benar

Filem The Greatest Showman diinspirasikan dari kisah kehidupan sebenar pengasas sarkas di America, Phineas Taylor Barnum (Hugh Jackman). Pada asalnya beliau merupakan seorang anak tukang jahit miskin, Phillo Barnum (Will Swenson) di Amerika dan berusaha keras untuk mengubah nasib hidupnya.

Bermula dari seorang lelaki yang diberhentikan kerja, P.T Barnum telah mengambil satu langkah berani dengan membuat pinjaman bank untuk memulakan perniagaan pameran muzium di kota New York. Namun ianya tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.

Karakter-karakter pelik yang ditampilkan di sarkas P.T. Barnum

Tanpa berputus asa beliau mendapat idea untuk menarik pengunjung datang ke muziumnya. Bermula dari situ, dia mula mengumpulkan beberapa individu pelik seperti gadis berjambang, lelaki tertinggi dan terpendek dan sebagainya sebagai daya tarikan untuk orang berkunjung ke muzium beliau.

Semenjak dari situ, P.T Barnum mula dikenali, muziumnya menjadi terkenal sehinggalah di berjumpa Jenny Lid (lakonan Rebecca Ferguson), seorang penyanyi Eropah yang bakal mengubah kehidupannya.

Walaupun ramai yang berkunjung untuk menonton persembahan manusia-manusia pelik di sarkas P.T. Barnum, ada juga yang tidak suka dan membenci kewujudan mereka.

Kebanyakan karakter yang terdapat di dalam filem ini memang diambil dari pekerja asal sarkas P.T Barnum tersebut. Tidak hairanlah persembahan mereka nampak real di mata penonton.

3. Sarat dengan mesej dan pengajaran

Meskipun filem ini menghiburkan, banyak juga kritikan sosial yang ingin disampaikan oleh penulis. Sebagai contoh individu-individu pelik di sarkas tersebut sering dipandang hina oleh masyarakat terutamanya golongan bangsawan tetapi stigma ini berjaya dipecahkan oleh P.T Barnum dengan menonjolkan bakat yang mereka miliki.

Filem ini meraikan usaha P.T. Barnum dalam memberi peluang dan platform agar manusia pelik dihormati dan diberi tempat dalam masyarakat.

Hate him and call him fraud or whatever reason you like but he never force them signed any contract to join the circus and he give them great payment for working there.

Terdapat banyak lagi nilai dan mesej seperti persahabatan, kekeluargaan dan jangan terlampau tamak menjadi nilai moral dalam filem muzikal ini.

Filem ini memang disarankan untuk ditonton bersama keluarga pada hujung minggu.

Artikel Lain Untuk Di Baca