#LejenFlix: The Great Escape Bakal Kembali Dengan Musim 4

The Great Escape Musim 4

Salah satu K-Show popular iaitu “The Great Escape” bakal kembali dengan musim keempat tanpa sebarang perubahan ahli kumpulan dan akan mula bersiar pada 11 Julai Ahad ini.

Jika anda tidak pernah menonton The Great Escape tetapi suka konsep escape room, time travel, penyiasatan, horror atau Marvel Universe, anda pasti akan jatuh cinta dengan Korean show ini! 

The Great Escape (TGE) merupakan sebuah program variety dengan tema ‘escape room’ di mana setiap ahli perlu bekerjasama untuk melepaskan diri dan ditayangkan pada setiap minggu.

Ahli kumpulan bagi TGE terdiri daripada Kang Ho Dong, Kim Jong Min, Shindong (Super Junior), Kim Dong Hyun, Yoo Byung Jae, dan P.O (Block B).

Kiri: Donghyun, Shindong, P.O, Hodong, Byungjae, Jongmin | Sumber: Soompi

Musim pertama GTE disiarkan pada 2018 dan para penonton dikatakan sangat berminat untuk mengetahui apakah yang bakal disajikan untuk setiap musim baru.

Khususnya, musim ketiga (2020) menarik perhatian penonton dengan perkembangannya yang tidak konvensional yang berkisar dengan tema mesin masa.

Ia juga telah meraih pujian seperti bagaimana mereka menerapkan struktur kreatif yang meliputi ketakutan, penyusupan, pertimbangan, dan kebijaksanaan.

Melalui poster utama bagi musim baru ini, ramai yang menjangkakan musim empat akan merangkumi sesuatu seperti pengembaraan yang out-of-the-world. 

Sumber: Mydramalist

Apa yang bakal penulis nyatakan ini mungkin mengandungi spoiler jika anda tidak pernah menonton GTE.

Bagi penulis, GTE sangat seronok untuk ditonton kerana macam-macam elemen menarik boleh didapati pada setiap musim.

Penulis ingat lagi masa menonton musim pertama, ahli kumpulan GTE masih lagi janggal dengan satu sama lain. 

Mereka sangat mengambil masa untuk lepaskan diri dari kes pertama. Penulis rasa kelakar apabila lihat mereka susah untuk cari petunjuk dan cuba untuk memahami situasi ketika itu.

the great escape s1
‘Kalau semua duduk, mungkin pintu akan terbuka?’ | Sumber: The Movie DB

Apa yang penulis tidak jangka untuk kes pertama itu adalah apabila penulis, sama seperti ahli-ahli TGE, ingatkan mereka sudah berjaya melepaskan diri, tetapi…! 

Pada awal artikel ini penulis ada menyebut mengenai Marvel Universe. GTE juga ada menyelitkan unsur ini dalam kebanyakkan kes mereka.

Contohnya, kes Villa Gelap (ep.3-4) pada musim tiga berkait dengan beberapa kes pada musim sebelumnya.

the great escape s1-s3
Sumber: Reddit

Selain itu, pada pendapat penulis, konsep mesin masa yang digunakan dalam GTE sangat mengkagumkan. 

Sepanjang menonton GTE, penulis asyik terfikir bagaimana mereka boleh menjalankan ‘babak’ tersebut begitu sempurna.

Misalnya seperti apabila mereka menaiki mesin masa. Kemudian, apabila mereka keluar daripada mesin tersebut, lokasi dimana mereka berada telah berubah sepenuhnya.

Ada yang mendakwa bahawa ahli GTE pastinya keluar dari mesin masa tersebut dan bergerak keluar sendiri ke lokasi baru.

Iyalah, bagaimana boleh mereka bertukar lokasi baru secepat mungkin? Ini semua pastinya sudah di ‘edit’.

Namun, pihak produksi menyangkal dakwaan tersebut dengan mengeluarkan satu video klip yang menunjukkan ahli GTE kekal berada dalam mesin masa semasa ‘time travel’.

Jika anda hendak tahu, kes terakhir bagi musim tiga yang juga berkaitan dengan mesin masa dan berkaitan dengan kes pertama pada musim itu, akan menjadi kes pembukaan pada musim keempat nanti.

Kes terakhir bagi musim lepas meninggalkan kesan mendalam kepada penulis. Kes itu bukan saja buat penulis rasa cemas, malah ada babak buatkan penulis menitiskan air mata kerana ia berkisarkan mengenai perjuagan untuk kebebasan negara. 

Disamping itu, penulis juga tidak sabar untuk melihat perkembangan hubungan di antara setiap ahli. 

Interaksi di antara mereka dan juga dengan situasi yang mereka hadapi selalu buat penulis rasa tidak sabar untuk menonton pada setiap hujung minggu.

‘Brain’ dalam kumpulan ini adalah Yoo Byung Jae dan Shindong. Melihat mereka berdua cuba sebaik mungkin untuk melepaskan diri buat penulis teruja.

Kang Ho Dong dan Kim Dong Hyun pula digelar ‘power’ kerana mereka mampu melakukan perkara yang memerlukan fizikal dengan bagus.

Apa yang menarik adalah Dong Hyun sebenarnya merupakan bekas ahli seni mempertahankan diri yang selalu berlawan di UFC tetapi dialah yang paling penakut.

P.O dan Kim Jong Min pula, kelebihan mereka terletak kepada nasib. Mereka berdua selalu terjumpa petunjuk secara tidak sengaja.

Keserasian di antara keenam-enam ahli kumpulan The Great Escape juga merupakan pendorong terbesar bagi penulis untuk setia dengan K-show ini dan penulis sangat tidak sabar untuk menonton episod pertama musim keempat ini esok!

*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca