LejenFlix: Tercalon Di Anugerah Festival Anime Tokyo 2023, Mechamato Bakal Berada Di Pawagam 8 Disember Ini

Filem animasi Mechamato bakal menemui penonton di pawagam tempatan mulai 8 Disember ini sempena cuti sekolah. 

Filem yang dihasilkan syarikat animasi tempatan, Animonsta Studios Sdn Bhd atau sering dikenali sebagai Monsta ini mengisahkan tentang ayah kepada karakter animasi popular BoBoiBoy.

Sebelum ini, filem Mechamato ditangguhkan sebanyak dua kali.

Pada mulanya, pihak Monsta mahu menayangkannya pada 2020, namun diubah kepada 2021.

Setelah beberapa kali tertangguh akibat pandemik COVID-19, akhirnya filem animasi ini akan ditayangkan pada bulan hadapan.

Dalam perkembangan lain, siri Mechamato sebanyak 13 episod rancak ditayangkan di 65 negara termasuk Jepun, Korea dan Portugal melalui saluran Cartoon Network dan Astro Prima.

Siri itu juga telah ditayangkan di Netflix pada 1 Oktober dalam enam bahasa antaranya Jepun dan Korea Selatan. 

Tambahan pula, siri animasi Mechamato sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila tercalon dalam TOP 10 Anugerah Festival Anime Tokyo 2023 yang sedang berlangsung di Jepun ketika ini.

Mechamato The Animated Series adalah satu-satunya siri dari Malaysia yang berjaya menembusi carta TOP 10 undian siri TV popular di Jepun.

Menariknya lagi, ia merupakan satu-satunya siri bukan keluaran Jepun yang tercalon dalam TOP 10 pencalonan Anugerah Festival Anime Tokyo 2023 tersebut.

Hanya dalam tempoh kurang daripada seminggu ditayangkan, Mechamato The Animated Series telah melonjak naik ke tangga keenam sekaligus mengatasi siri popular seperti Detective Conan, One Piece, Attack on Titan – The Final Season Part 2 dan Ousama Ranking.

Anda boleh tonton trailer Mechamato Movie di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca