Baru sahaja dikejutkan dengan pemergian isteri, seorang wanita pula muncul secara tiba-tiba dengan mendakwa dia adalah adik perempuan yang hilang 25 tahun lalu. Apa perasaan anda sekiranya berada di tempat Seo-jin?
Intruder berkisar tentang Yoo-jin (Song Ji-hyo) yang ditemui semula selepas 25 tahun. Walaupun Seo-jin (Kim Mu-yeol) mengesyaki ada sesuatu yang aneh dengan adik perempuannya, ahli keluarga lain sangat mengalu-alukan kepulangan wanita berkenaan.

Seo-jin mula berasa tidak sedap hati selepas keluarganya mula menunjukkan perubahan ketara selepas kepulangan Yoo-jin ke rumah tersebut.
Lelaki itu menjadi lebih skeptikal kerana Yoo-jin memaparkan tingkah laku yang cukup suspicious dan turut manipulasi kedua-dua ibu bapa mereka.
Para penonton semakin tertanya-tanya sama ada Yoo-jin merupakan adik kandung Seo-jin dan alasan di sebalik tindakannya mencerobohi keluarga berkenaan.
Klimaks filem ini adalah apabila pembantu rumah keluarga berkenaan hilang selepas menghantar anak perempuan Seo-jin, Yena ke kelas balet.

Pada pendapat penulis, pengarah sedang memberi hint sedikit demi sedikit tentang identiti sebenar Yoo-jin selepas babak ini kepada para penonton.
Filem arahan Son Won-pyeong ini merupakan sebuah karya yang membuatkan para penonton tidak senang duduk sehingga ke saat-saat terakhir.
Bagi penulis, filem ini membuatkan anda tidak senang duduk kerana ingin tahu sama ada Yoo-jin atau Seo-jin yang menceritakan perkara benar.
Selain itu, visual dan sinematografi yang dipaparkan dalam filem ini sangat cantik dan memuaskan. Pada pendapat penulis, filem ini mempunyai sedikit persamaan dengan Parasite di mana watak Yoo-jin membawa masuk seorang demi seorang ahli keluarga ke rumah Seo-jin.

Sementara itu, tinjauan penulis mendapati rata-rata warganet amat berpuas hati dengan filem ini:
jihyo is so scary🥺😭
— muiz🕊️ (@mmarmuiz) July 22, 2020
Intruder 10000 /10 pic.twitter.com/VwWdvCCu2r
jihyo and mooyul did a good job in their new movie (intruder) very recommended🤩
— akaashi senpai (@jonqinugu) July 20, 2020
It was my first time to see Song Jihyo in a thriller genre, the way she portrayed this role is so excellent. She is hella creepy here tbh and it’s jawdropping😭 SONG JIHYO ALL ROUNDER 🤲🏻 #Intruder pic.twitter.com/s6GeytghIO
— ً (@iLoveYouKdrama) July 20, 2020
Jihyo suits these types of roles much more! #Intruder pic.twitter.com/J94ak6n43M
— sani (@s4niya) July 14, 2020
highly recommend intruder now that i actually watched it!!! jihyo in thrillers is 👌🏼👌🏼👌🏼
— ari✨ vote pinned twt (@sjhxkjk) July 22, 2020
Song Ji Hyo upcoming movie "Intruder" new photo stills cuts today 💗💗
— Song Ji Hyo Philippines 🇰🇷🇵🇭 (@sssong_jihyo) February 7, 2020
the movie looks a bit creepy, ji hyo unnie so pretty 😍💕#SongJiHyo #송지효 #Intruder #KimMooYeul pic.twitter.com/6j77mfkMb9
*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.
Untuk membaca artikel lain berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah: