#LejenFlix: Suzume No Tojimari, Filem Animasi Terbaharu Makoto Shinkai Selepas 3 Tahun

Filem animasi terbaharu daripada Makoto Shinkai, Suzume no Tojimari bakal menemui peminat selepas tiga tahun dengan filem terakhirnya iaitu Weathering With You.

Suzume no Tojimari mengisahkan Suzume seorang gadis berusia 17 tahun dari Bandar Kyūshū bertemu dengan seorang lelaki muda bernama Souta yang sedang mencari pintu.

Sumber :Suzume Tojimari

Mereka berdua menemui pintu itu berada dalam runtuhan gunung. Sewaktu Suzume membuka pintu tersebut, dia mendapati pintu itu adalah sebahagian daripada siri pintu dipanggil ‘Gates’ yang terbuka di kawasan sunyi.

Apabila pintu itu terbuka, beberapa siri bencana dilepaskan di seluruh Jepun.

Sumber: YouTube

Hal ini membuatkan Suzume memulakan misi untuk mencari semua pintu dan menutupnya semula sebelum bencana yang lebih besar akan tiba.

Ketegangan filem memuncak apabila mereka berdua bertemu dengan seekor kucing misteri yang boleh bercakap dan telah mengubah Souta menjadi kerusi kayu yang kecil serta boleh bercakap.

Sumber: Suzume Tojimari

Makoto Shinkai sebelum ini terkenal dengan filem arahannya iaitu Your Name menggambarkan filem animasi terbaharu ini sebagai kisah pengembaraan moden.

Filem Suzume no Tojimari bakal ditayangkan di pawagam Jepun pada 11 November dan tayangan antarabangsa dirancang keluar pada tahun 2023.

Anda boleh tonton trailer Suzume no Tojimari di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca