Baru-baru ini, Logesh Kumaar yang kini tinggal bersama keluarganya di Amerika Syarikat mencuri perhatian ramai di laman Twitter.
Walaupun perkahwinan campur ini tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia, apa yang membuatkan orang ramai terhibur adalah Logesh telah memuat naik sebuah video cabaran dirinya bercakap bahasa Melayu selama 24 jam.
Dalam video tersebut, anda boleh lihat Logesh dan isterinya iaitu Rachel turut cuba bercakap dalam bahasa Melayu.

Sekiranya anda menonton video ini, Logesh sendiri berkata bahawa dia sudah tidak menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian sejak berpindah ke Amerika Syarikat.
Walaupun begitu, penulis percaya Logesh sebenarnya membuat kerja yang baik dalam mempromosikan bahasa Melayu secara tidak langsung kepada orang ramai.
Selain itu, ‘kesabaran’ Logesh dalam menerangkan perkataan kura-kura kepada Rachel memang mampu buat anda ketawa terbahak-bahak. Apa yang mencuri perhatian penulis ialah ketika Rachel berkata bahawa rakyat Malaysia pasti akan menjerit maksud kura-kura ke skrin.
Orang Malaysia kahwin dengan US dan dia buat 24 hours challenge cakap BM dengan isteri dia. Nak ajar apa maksud kura kura pun complicated. 😂 pic.twitter.com/2e22wOvDKi
— Arisu (@Admantiumm) December 28, 2020
Harap lebih ramai lagi warga Malaysia yg berkahwin dgn org luar, cuba mendidik dan beri nilai tambah dlm penguasaan BM kepada pasangan masing-masing.
— Lelaki Kelawar (@AftalMariz) December 29, 2020
Aysik lihat org kita saja faham bahasa asal pasangan mereka. Tp pasangan mereka tak pernah cuba belajar bahasa kita..
She's damn right we are yelling at the screen 😂 pic.twitter.com/hVEIzUWiZf
— ainasniah 🇲🇾 (@ainasniah) December 30, 2020
Pada pendapat penulis, video berkenaan sungguh mencuit hati kerana Rachel jadi semakin keliru apabila mendengar penjelasan suaminya sebelum akhirnya tahu apa haiwan yang dimaksudkan oleh Logesh.
Untuk pengetahuan anda, Logesh berkata bahawa mereka mengambil inisiatif untuk memulakan cabaran tersebut sebagai salah satu cara untuk Rachel belajar bahasa Melayu.

Rachel turut akui bahawa cabaran terbabit telah memberi inspirasi kepada dirinya untuk belajar lebih banyak bahasa Melayu.
Sementara itu, tinjauan penulis di laman Twitter mendapati rata-rata warganet turut bangga dengan Kumar yang masih bangga menjadi anak Malaysia walaupun kini menetap di Amerika Syarikat:
Kumar ni siap sambut raya kt us, madak kuih2 pastu bagi jiran n kawan. Nak promot budaya malaysia..duduk us tapi tetap bangga jd anak malaysia. Itu yg kita ptut bangga..🥰
— kak maneh (@pineapple_manis) December 29, 2020
*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital. Anda boleh tonton video penuh di bawah.
Untuk membaca artikel lain berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah: