Filem Crazy Awesome Teachers atau juga dipanggil Guru-Guru Gokil ini berkisarkan tentang seorang pemuda bernama Taat yang seringkali beranggapan bahawa kejayaan itu sama ertinya dengan memiliki wang yang banyak. Kehidupan Taat mula berubah apabila dia mula menjadi guru pengganti di sebuah sekolah yang sedang berhadapan dengan insiden kecurian. Insiden ini kemudiannya telah mengubah pandangan Taat tentang wang ringgit, kejayaan serta dedikasi para guru.
Filem arahan Sammaria Simanjuntak ini merupakan sebuah filem yang sangat sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Filem ini memaparkan sisi lain seorang guru yang sebelum ini tidak anda ketahui. Kalau sebelum ini anda fikir tugas guru hanyalah untuk mengajar, dalam filem ini anda akan dapat lihat tugas seorang guru juga adalah untuk melindungi guru-guru yang lain.
Pada pendapat penulis, mesej yang disampaikan dalam Crazy Awesome Teachers ini adalah sangat ringkas dan mudah difahami. Ternyata filem-filem dari negara Indonesia tidak pernah menghampakan. Filem ini akan membuka mata anda bahawa menjadi seorang guru itu bukanlah mudah dan tugas seorang guru bukan hanya sekadar mengajar di dalam kelas, malah lebih daripada itu.
Walau bagaimanapun, setiap guru pasti mempunyai pelbagai sifat jahat baiknya yang tidak diketahui masyarakat. Anda harus tonton dan nilai sendiri apa yang penulis cuba sampaikan.
Sementara itu, tinjauan penulis di laman Twitter mendapati rata-rata warganet memberikan komen yang positif mengenai filem ini. Bagi mereka filem ini menghiburkan dan mempunyai jalan cerita yang lain daripada yang lain.
This is quite brilliant. Its "Crazy Awesome Teachers" on Netflix pic.twitter.com/t8sugQk7gk
— Man from Mars (@megatishak) September 13, 2020
Crazy Awesome Teachers is full of surprises, fun, and entertaining, made me smile the whole time! go watch it on netflix u guys!! pic.twitter.com/KZr6dNYlEE
— diva (@cloudyremedy) August 19, 2020
Guru-guru Gokil, saya menonton film ini melalui Netflix, genre Komedi/Drama. Film ini mempunyai cerita yang menarik dan close ending. Kebetulan saya menonton film ini karena Gading Martin, karena aktingnya bagus. Produksi pada filmnya juga bagus. 8.4/10https://t.co/kss9HY5TUy
— Iyey — (@takisuret) October 13, 2020
This movie is quite good actually👌 (#FRate 7,5/10)
— f (@thoniarianto) August 20, 2020
Seen “Crazy Awesome Teachers” on Netflix yet?https://t.co/LuhdjcnMmJ
Tak tahan betul aku dengan Taat ni.. 🤣🤣
— Ubaidillah Ibrahim (@ub_aidil) August 25, 2020
Korang tengok lah kat Netflix, Guru Guru Gokil / Crazy Awesome Teachers.
Ada Dian Sastrowardoyo! pic.twitter.com/ZLYJQeBMwR
Filem ini dibintangi oleh pelakon hebat Indonesia seperti Gadeng Martin, Faradina Mufti, Dian Sastrowardoyo, Ibnu Jamil dan ramai lagi.
Untuk tonton filem ini, anda boleh strim online atau muat turun di aplikasi Netflix.
Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.
Untuk baca artikel lain berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah: