#LejenFlix: Seorang YouTuber Sanggup Baling RM10,000 Di Jalan Raya, Apa Motif Sebenarnya?

Jika seorang YouTuber pernah menjadi bualan ramai tahun lalu apabila beliau cuba mengagihkan wang bernilai RM10,000 di hadapan Istana Negara, kini muncul pula YouTuber sanggup baling wang sebanyak RM10,000 di Bukit Bintang.

Sekiranya anda tonton video tersebut, YouTuber berkenaan tiba-tiba membaling wang ketika melintas jalan di jalan raya berhadapan pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Bintang dan menjerit meminta orang ramai mengutip wang tersebut.

Sumber: YouTube Wire Putus

YouTuber tersebut turut memakai baju iSAP dalam video berkenaan seolah-olah ia merupakan video parodi Isa Isarb yang pernah menjadi bualan ramai kerana menghasilkan konten memberikan wang kepada orang awam dalam video YouTube beliau.

Sementara itu, tinjauan kami di laman YouTube mendapati rata-rata warganet menunjukkan reaksi negatif terhadap konten YouTuber tersebut:

Sumber: The Vocket

Pada pendapat penulis, video ini tidak sepatutnya dilakukan kerana ia membahayakan keselamatan semua orang yang terlibat dan juga pengguna jalan raya.

Selepas baling wang di hadapan pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, mereka turut melakukan perkara sama ketika melintas jalan raya. Selain itu, penulis turut percaya wang sebanyak itu tidak sepatutnya dibaling begitu sahaja.

Sumber: YouTube Wire Putus

Bagi mereka, jumlah RM10,000 itu mungkin tidak seberapa tetapi ia mungkin membawa makna yang besar untuk individu lain. Apa-apa pun, penulis berharap konten seperti video ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

Sumber: YouTube Wire Putus

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Lejen Flix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca