#LejenFlix: Senario Bakal ‘Comeback’ Dengan Filem Terbaharu Arahan Aziz M. Osman

Ahli kumpulan Senario, Azlee berjaya mencuri perhatian orang ramai apabila beliau memuat naik sekeping gambar di laman Instagram yang memaparkan dirinya berbaju Melayu lengkap sedang duduk di atas katil bersama Syanie.

Dalam ruangan kapsyen, Azlee dilihat memberikan hint bahawa kumpulan Senario bakal membuat kemunculan semula menerusi filem terbaharu arahan Aziz M. Osman iaitu Jaga Jaga Senariounion.

“Filem terbaharu Senariounion dalam pembikinan hari ketiga. Arahan Aziz M. Osman ataupun turut dikenali sebagai Abang Long. Terbitan Botak Production. Syukur Allah. Semoga Allah permudahkan. Amin.

Lebih menarik lagi, pelakon pun reunion. Team teknikal pun reunion. Mantap Aziz M. Osman,” tulisnya.

Sumber: Instagram Azlee Senario

Menurut Lobak Merah, Azlee dan Syanie merupakan penggerak kepada filem Senario Lagi di mana mereka melakonkan watak sepasang suami isteri yang ingin bercuti ke Cherating bersama anak mereka Zali (Al-Fariz Ismail).

Selain Azlee dan Syanie, filem Jaga Jaga Senariounion ini turut dibintangi ahli-ahli Senario lain seperti Wahid, Lan Pet Pet, Saiful Apek dan Yassin. Bukan itu sahaja, ahli Senario terdahulu seperti Hamdan dan Ilya juga dikatakan bakal muncul dalam filem tersebut.

Sumber: Murai

Dalam pada itu, kumpulan Senario telah membintangi 10 buah filem mereka sendiri yang diarahkan oleh pengarah-pengarah terkenal tanah air seperti Aziz M. Osman, Mamat Khalid dan Ahmad Idham.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca