Filem paling terlaris di dunia, Avatar yang menewaskan Avengers: Endgame kini muncul kembali dengan sekuel terbaharu iaitu Avatar 2: The Way of Water.

Avatar 2: The Way of Water bakal ditayangkan pada 16 Disember 2022 dengan memaparkan kemajuan planet Pandora seperti pemandangan pergunungan yang terapung dan teknologi yang ikonik.

Sekuel ini menceritakan Jake Sully dan Neytiri telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai sebuah keluarga yang hidup kekal bersama.

Walau bagaimanapun kebahagiaan itu hanyalah sementara kerana apabila ancaman purba muncul semula, Jake harus berlawan dengan manusia yang ingin merosakkan planet mereka. Jake bersama keluarganya akan meneroka kawasan planet Pandora untuk memastikan keselamatan mereka terjamin dan berjuang dalam meneruskan kehidupan.

Sebelum ini filem sekuel di bawah arahan James Cameron ini terpaksa ditangguh lama kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Pelakon yang akan membintangi filem ini adalah daripada pelakon asal filem Avatar yang pertama iaitu Giovanni Ribisi, Joel David Moore, Dileep Rao, CCH Pounder, Matt Gerald, Sigourney Weaver dan Stephen Lang.

Lebih menarik lagi, filem Avatar 2: The Way of Water akan menampilkan barisan pelakon yang baharu seperti Michelle Yeoh, Vin Diesel, Kate Winslet, Edie Falco dan Jemaine Clement.
Filem ini juga dikatakan akan mempunyai sekuel yang ketiga dan dijangkakan akan keluar pada tahun 2024.
Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah: