#LejenFlix: Selain ‘Alchemy Of Souls’, Ini 5 Drama Lee Jae-Wook Yang Anda Wajib Tonton

Selepas 10 episod bermain dengan perasaan penonton, Alchemy Of Souls: Light and Shadow akhirnya melabuhkan tirainya pada 8 Januari (Ahad) lalu.

Bahagian kedua Alchemy of Souls ini mengisahkan bagaimana tiga tahun membawa perubahan yang besar kepada Jang Uk (Lee Jae-wook).

Uk kini membawa batu ais dalam dirinya yang membolehkan dia dilahirkan semula.

Pewaris keluarga bangsawan Jang itu kini merupakan seorang penyendiri dan menjalani hari-harinya memburu soul shifters (individu menggunakan ilmu hitam untuk memindahkan roh mereka kepada jasad lain) selepas insiden mengerikan di Daeho tiga tahun lalu.

Buat semua yang masih belum move on daripada Uk, kami akan kongsikan lima drama Jae-wook yang anda wajib tonton untuk mengubat rindu kepada aktor berkenaan menerusi artikel ini.

1. Memories of the Alhambra (2018-2019)

Sumber: Zapzee

Penampilan sulungnya dalam drama bersiri Memories of the Alhambra membuatkan banyak mata mengintai bakat yang dimiliki Jae-wook.

Dalam drama yang diterajui Hyun Bin dan Park Shin-hye ini, Jae-wook membawa watak Marco Han iaitu seorang pengatur cara (programmer) dan penggodam ketagih dadah.

Marco juga sanggup melakukan apa sahaja untuk dapat apa yang dia mahukan.

Walaupun bukan pemegang watak utama, Jae-wook meninggalkan impak mendalam kepada para penonton dengan lakonannya yang mantap sebagai Marco.

2. Search: WWW (2019)

Sumber: Instagram @dahee0315

Menerusi Search: WWW, Jae-wook berjaya mencuri perhatian para penonton dengan membawa watak Seol Ji-hwan yang 180 darjah berbeza daripada Marco Han.

Ji-hwan ialah seorang aktor baharu yang tidak dikenali dan dia juga merupakan pelakon watak antagonis dalam drama makjang kegemaran Cha Hyun (Lee Da Hee).

Walaupun sering membawa watak antagonis dalam drama lakonannya, Ji-hwan ialah seorang lelaki baik, introvert, peramah dan penyayang dalam kehidupan sebenar.

Babak-babak romantik antara Cha Hyun dan Ji-hwan dalam Search: WWW membuatkan hati para penonton berbunga sepanjang menonton drama ini. Adakah anda salah seorang daripadanya?

3. Extraordinary You (2019)

Sumber: Instagram @jxxvvxxk

Diadaptasi daripada webtoon July Found By Chance, Extraordinary You mengikuti kisah Eun Dan-oh (Kim Hye-yoon) yang menyedari dia hidup dalam dunia fantasi komik.

Mengambil tempat di Seulli High School, Dan-oh tiba-tiba dapat tahu yang dia hanya salah satu watak tambahan dalam buku komik Secret dan terpaksa hidup seperti kehendak penulis.

Sumber: Instagram @jxxvvxxk

Sudahlah hanya watak tambahan, Dan-oh juga tidak puas hati dengan penulis kerana dia mempunyai penyakit kritikal dan tidak mempunyai banyak masa sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Untuk dijadikan cerita, cinta Dan-oh pula bertepuk sebelah tangan sahaja selama 10 tahun dengan Baek Kyung (Jae-wook).

Sebahagian daripada A3 (tiga pelajar terkacak dan paling berkuasa di Seulli High School), Jae-wook memikat hati penonton dengan lakonannya sebagai Kyung.

A3. Sumber: Instagram @jrjswn

Kyung adalah seorang pelajar yang biadab dan sombong. Walaupun Dan-oh cukup menyayangi Kyung, lelaki itu memilih untuk tidak melayan tunangnya dengan baik.

Hanya selepas Kyung tahu yang Dan-oh mula jatuh hati kepada Haru (Rowoon), dia menyedari kesilapannya dan mula berubah dengan harapan untuk memenangi gadis itu semula.

Adakah Kyung masih mampu memenangi hati Dan-oh ataupun dia sudah terlambat? Anda perlu menonton Extraordinary You untuk mengetahui jawapannya!

4. Do Do Sol Sol La La Sol (2020)

Sumber: Instagram @jxxvvxxk

Turut bergandingan dengan Go Ara, Do Do Sol Sol La La Sol merupakan drama pertama Jae-wook sebagai watak utama.

Sunwoo Jun (Jae-wook) ialah seorang lelaki yang menyimpan banyak rahsia. Selepas pertemuan yang tidak diduga, Jun membantu Goo Ra-ra (Go Ara) untuk meneruskan kehidupan dengan meminjamkan wangnya kepada wanita itu.

Jun turut meminjamkan tempat tinggalnya kepada Ra-ra supaya dia dapat menubuhkan akademi piano sendiri yang diberi nama La La Land.

Anda boleh menonton Do Do Sol Sol La La Sol untuk melihat sisi berbeza Jae-wook.

5. Alchemy of Souls (2022)

Turut dibintangi Jung So-min, Hwang Min-hyun, Yoo In-soo, Shin Seung-ho, Arin dan Go Younjung, Alchemy Of Souls memaparkan kisah empat buah keluarga ahli sihir mulia dan berkuasa di Daeho iaitu Jang, Seo, Jin dan Park.

Sumber: Instagram @k.a_insoo

Bahagian pertama Alchemy Of Souls mengikuti kisah roh ahli sihir berkuasa Naksu (Go Younjung) yang terperangkap secara tidak sengaja dalam jasad Mu-deok (Jung So-min).

Sumber: Digital Mafia Talkies

Jasad Mu-deok ini pula terlalu lemah sehingga Naksu kehilangan kuasanya.

Naksu yang kini berada dalam jasad Mu-deok setuju untuk menjadi guru Uk secara rahsia sehingga dia dapat memulihkan kuasanya semula.

Walaupun Mudeok adalah orang suruhan keluarga Jang ketika bersama yang lain, Naksu mengajar Uk ilmu pertahanan diri dan sihir dalam diam.

Joo Sang-wook (kiri) dan Jae-wook. Sumber: Instagram @jxxvvxxk

Untuk pengetahuan semua, bapa Uk iaitu Jang Gang (Joo Sang-wook) telah mengunci pintu tenaga Uk sebaik sahaja anaknya lahir.

Gang tidak membenarkan sesiapa pun di Daeho untuk membuka pintu tenaga Uk atau ajar ilmu sihir kepada anaknya itu.

Kenapa Gang tidak membenarkan sesiapa pun membuka pintu tenaga Uk atau ajar ilmu sihir kepada anaknya itu sebelum dia menghilangkan diri?

Anda perlu menonton bahagian pertama Alchemy Of Souls untuk lebih faham tentang jalan cerita drama ini!

Sumber: Instagram @jxxvxxk

Secara peribadi, kami sebenarnya lebih suka watak Uk dalam bahagian pertama Alchemy Of Souls kerana dia bermula sebagai seorang bangsawan yang agak nakal.

Walaupun Uk kemudiannya mula berubah menjadi seorang yang lebih matang, perwatakannya yang agak nakal itu memenangi hati kami pada pandangan pertama.

Untuk jalan cerita pula, kami secara peribadinya lebih menyukai bahagian kedua Alchemy Of Souls kerana ia lebih pantas.

Anda boleh lihat berdasarkan senarai drama di atas bagaimana Jae-wook ialah seorang pelakon versatil dan berbakat.

Jae-wook boleh membawa pelbagai jenis watak seperti seorang individu baik dan affectionate, nakal atau bad boy.

Pada pendapat anda, apakah watak Jae-wook yang paling meninggalkan kesan kepada para penonton?

Anda boleh menonton video TikTok di bawah sekiranya masih belum move on daripada Alchemy of Souls!

@lejendigital

Dia ingat kita nak move on ke lepas bagi ending macam tu??? We want more! We want more! Eh tiberr 😆 Btw siapa dekat sini yang tengok Alchemy of Souls juga? Korang suka ending dia? #alchemyofsouls #alchemyofsoulsseason2 #alchemyofsouls2 #환혼 #kdrama

♬ original sound – I Am Lejen – I Am Lejen

*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca