#LejenFlix: Sebuah Filem Zombi Yang Disesuaikan Ketika Era COVID-19, Ini Review Filem ‘#Alive’

Apa yang anda akan lakukan sekiranya kawasan perumahan anda tiba-tiba dipenuhi dengan zombi?

Filem #Alive terbitan Lotte Entertainment ini berkisar tentang wabak penyakit misteri yang menyebabkan penghidapnya saling menyerang sesama sendiri. Joon-Woo dan Yoo-Bin merupakan antara dua orang yang terselamat daripada serangan tersebut namun kini mereka terperangkap di apartment mereka masing-masing tanpa bekalan makanan yang cukup dan tanpa sebarang akses daripada dunia luar.

Sumber: IMDb

Filem yang dibintangi oleh Yoo Ah-In dan Park Shin-Hye ini merupakan filem ‘survival thriller’ yang sangat sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Filem ini seolah-olah disesuaikan ketika era COVID-19 kerana jika sebelum ini kerajaan meminta rakyat untuk duduk di rumah (#StayAtHome) agar tidak diserang wabak COVID-19, tetapi dalam filem ini anda perlu duduk di rumah agar tidak diserang zombi.

Apa yang membezakan filem #Alive dengan filem zombi yang lain adalah daripada plot filem ini sendiri. Perbezaan kedua-dua watak ini berjaya menguatkan lagi plot filem ini apabila watak Joon-Woo yang merupakan seorang gamers perlu untuk bertahan hidup namun akhirnya menjadi murung kerana tidak tahu untuk berbuat apa setelah beberapa hari terkurung di rumah manakala watak Yoo-Bin, seorang gadis yang mempunyai kemampuan survival yang hebat dan mampu menyelesaikan masalahnya dengan tenang. Siapakah di antara mereka yang mampu berjuang untuk teruskan hidup? Anda perlu tonton sendiri filem ini untuk mengetahui jawapannya.

Pada pendapat penulis, #Alive adalah filem zombi yang penuh saspen dan ia memberikan penonton perspektif yang berbeza mengenai filem yang menampilkan zombi. Filem ini juga akan membuatkan para penonton tidak senang duduk sehingga ke saat-saat terakhir.

Sementara itu, tinjauan penulis di laman sosial Twitter mendapati bahawa ramai yang memberikan komen yang positif terhadap filem ini. Rata-rata memberikan pendapat bahawa filem ini adalah lebih baik daripada filem Train To Busan dan Peninsula kerana zombinya yang lebih ‘bijak’.

Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa jalan cerita filem ini bergerak terlalu lambat sehingga membuatkan mereka bosan.

Untuk pengetahuan, filem #Alive telah ditayangkan di Netflix pada 8 September 2020 dan setakat artikel ini ditulis, filem ini telah trending nombor 1 di Netflix.

Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca