Baru-baru ini, tular di Twitter mengenai sebuah drama Korea iaitu ‘The World of the Married’ yang memaparkan kisah kehidupan pasangan suami isteri yang harus menghadapi pelbagai dugaan, salah satunya adalah pengkhianatan dan kecurangan.
Untuk pengetahuan anda, drama ini telah memecahkan rekod jumlah tontonan yang tinggi di Viu pada setiap kali ia bersiaran. Drama yang mempunyai 16 episod secara keseluruhan ini mula ditayangkan di JTBC pada 27 Mac 2020 hingga kini.

Walaupun terdapat banyak drama mengenai kecurangan, The World of the Married adalah antara yang paling menonjol sehingga menarik perhatian ramai untuk terus menontonnya. Drama ini dibintangi oleh Kim Hee Ae dan Hae Jun Park.
The World of the Married mengisahkan tentang Jin Sun Woo (Kim Ae Hae) seorang doktor dan mempunyai suami yang bernama Lee Tae Oh (Hae Jun Park). Mereka mempunyai seorang anak lelaki. Mereka adalah pasangan yang saling mencintai antara satu sama lain.
Namun, di sebalik itu ternyata Ji Sun Woo telah dicurangi oleh suaminya, Lee Tae Oh. Selepas mengetahui hal tersebut, ia bagaikan sebuah mimpi ngeri buat Jin Sun Woo. Walaupun sudah mengetahui identiti perempuan simpanan suaminya, Jin Sun Woo melakukan pelbagai cara untuk memerangkap suaminya dan juga Yeo Da Kyung.

Pembawakan emosi yang ditunjukkan di dalam cerita ini sangat jelas dan ketara. Penonton tidak dapat meramalkan apa yang bakal terjadi. Melalui drama ini, pelbagai isu yang cuba diketengahkan oleh pengarah. Antaranya ialah isu kekeluargaan, pencintaan, pengkhianatan dan dendam.
Bagi membalas dendam terhadap suaminya, Sun Woo telah mengupah seorang pesakitnya untuk mengekori Lee Tae Oh dan mengumpul bukti kecurangan suaminya.

Salah satu adegan yang tidak dapat dilupakan yang melibatkan Sun Woo adalah ketika dia mendedahkan hubungan luar nikah dan kehamilan Da Kyung di hadapan ibu bapanya. Perkara itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan sangat memuaskan untuk ditonton serta mengingati apa yang harus dilalui oleh Sun Woo.

Adegan lain yang memberi kesan besar adalah di mana Sun Woo memberitahu ibu mentuanya yang sakit bahawa dia akan menjatuhkan Lee Tae Oh dan memisahkannya daripada anak lelaki mereka.
Hampir semua watak yang ditunjukkan di dalam cerita ini benar-benar jahat. Walaupun sudah mengahwini Da Kyung, Lee Tae Oh masih tidak boleh melupakan bekas isterinya malah mengupah orang untuk mengintipnya.

Pada pendapat penulis, drama ini sangat banyak bermain dengan emosi sehingga menyebabkan penonton berasa geram dan marah terhadap watak yang dibawa oleh Lee Tae Oh kerana mencintai dua wanita dalam satu sama yang sama. Di samping itu, watak-watak rakan kepada Sun Woo yang bersubahat dalam menyembunyikan kecurangan Tae Oh adalah tidak dijangkakan sama sekali.
Terdapat pelbagai reaksi dan komen yang diterima daripada warganet sepanjang menonton drama ini.
"Women are faithful not because they don't know how to cheat, they just refrain from doing so because they believe having trust in each other as a couple is important".
— micah (@lacistemm) May 7, 2020
-The World of the Married
The world of married couple drama really shows how a strong woman who cries for a moment can get up and fight again❤ pic.twitter.com/huhtnCxFIf
— Shaz Asilah (@Shaz_asilah) May 4, 2020
Me, everytime I'm watching The World of the Married Couple: pic.twitter.com/BepaDc6OyY
— DAYAN (@_diahmond) May 5, 2020
yea i’m single but "the world of the married" is making me suspicious i’m being cheated on pic.twitter.com/MLNw8a1PPN
— Deen ☕ (@AdzrinPantangan) May 4, 2020
Just watched The world of married couple episode 12 and what the f***#TheWorldoftheMarriedcouple pic.twitter.com/AkCbm22G9M
— a s h_🕊 (@aesha_gucci) May 3, 2020
*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.
Untuk membaca artikel lain berkaitan Lejen Flix, anda boleh klik pada pautan di bawah: