Ramai tidak sabar untuk rasa nostalgia dan menerima kejutan yang bakal diberi oleh filem Barbie pada tahun hadapan
Trailer pertama filem Barbie 2023 yang dibintangi oleh Margot Robbie sudah keluar dan terlihat beberapa potongan babak bintang-bintang dari filem itu beraksi.
Filem Barbie live-action ini telah mengeluarkan trailer yang amat memuaskan hati ramai orang kerana trailer tersebut tidak memberikan gambaran filem tersebut sepenuhnya seperti kebanyakan trailer zaman sekarang.
Gambaran pertama ini dimulakan dengan babak kanak-kanak sedang bermain patung bayi dan dikejutkan dengan patung terkenal, Barbie dan kanak-kanak itu segera hancurkan patung bayi di tangan mereka.
Babak yang penuh dramatik itu jelas menunjukkan betapa besar impak Barbie pada dunia selepas ia dikeluarkan sehingga semua generasi kenal akan nama patung ini.
Selepas itu, pelbagai potongan pendek dari babak-babak filem tersebut turut ditunjukkan,
Bermula dengan dunia Barbie yang dipenuhi warna merah jambu, Ryan Gosling beraksi sebagai Ken dan juga mestilah beberapa aksi muzikal.
Namun, plot cerita filem ini masih dirahsiakan dan kata-kata Margot Robbie tentang kelainan yang dibawa oleh Greta Gerwig ini masih bintang itu pegang untuk semua menanti kejutan yang mereka bawa.
Mari kita lihat filem ini pada Julai tahun hadapan untuk melihat cerita patung bersejarah ini ke dunia nyata.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah: