#LejenFlix: Pengkhianatan Dalam Persahabatan, Ini Review Filem ‘Arus Merah’

Filem Arus Merah berkisarkan tentang persahabatan yang terjalin antara empat orang sahabat yang pada akhirnya membawa kepada beberapa pembunuhan tragis akibat dendam yang disimpan sejak 15 tahun lalu.

Filem yang mula ditayangkan pada 19 Mac 2020 di Astro First dan di Iflix pada 16 September 2020 ini merupakan sebuah filem bergenre psychological thriller. Filem ini sangat sesuai ditonton bagi anda yang meminati filem-filem yang berunsur psikologi dan pembunuhan. Filem ini bermula apabila Risham yang ingin mencari pembunuh abangnya untuk menuntut bela dan keadilan. Dalam masa yang sama, Marwan yang berada di luar negara diugut pulang ke Malaysia sebelum adiknya, Masrina dibunuh. Setelah pulang ke Malaysia, Marwan mendapati bahawa adiknya telah dibunuh dengan kejam dan menuduh Falaq, teman lelaki Masrina yang juga merupakan sahabatnya sendiri yang membunuh Masrina.

Siapakah yang dikhianati dan siapa pula yang mengkhianati? Anda perlu tonton sendiri untuk mengetahui jawapannya. Untuk pengetahuan, filem ini merupakan filem sulung pertama arahan pelakon hebat, Aeril Zafrel yang diterbitkan oleh Pencil Pictures & Records.

Pada pendapat penulis, filem ini sangat intense kerana setiap babak mempunyai plot twistnya yang tersendiri. Idea dan jalan cerita ini filem ini harus diberikan pujian kerana ia tidak klise dan lain daripada filem yang anda lihat sebelum ini. Mengulas lanjut mengenai visual dan sinematografi filem ini, ia masih boleh diperbaiki dalam karya yang akan datang. Sekiranya anda mengharapkan sesuatu yang luar biasa daripada filem ini, anda hanya akan mengecewakan diri sendiri.

Filem ini dibintangi oleh 5 orang pelakon hebat dan berbakat besar iaitu Aeril Zafrel, Zahiril Adzim, Jay Iswazir, Hasnul Rahmat dan Reen Rahim.

Untuk tonton filem ini, anda boleh strim online atau muat turun di aplikasi Iflix.

Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca artikel lain berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca